Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bunyi dentuman disebabkan fenomena meteor

    BANDARAYA SALT LAKE, 14 OGOS – Satu bunyi dentuman kuat menggegarkan utara Utah berkemungkinan disebabkan oleh fenomena meteor, jelas pihak berkuasa.

    Penduduk setempat dari Orem dan selatan Idaho melaporkan mereka mendengar bunyi dentuman kira-kira jam 8:30 pagi, lapor The Salt Lake Tribune.

    Penduduk dari selatan Salt Lake, Wendi Melling, berkata dia mendengar bunyi letupan kuat diikuti dentuman ketika hendak keluar rumah.

    “Bunyi seakan-akan ledakan sonik yang pernah saya dengar sebelum ini, diikuti bunyi seperti guruh,” tambah Melling. “Bunyi dentuman itu berlaku kira-kira selama 3 hingga 4 saat.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda