Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Burger King kelola kempen derma darah

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Burger King (BK) Brunei di bawah Pengurusan Sinofood Express dengan kerjasama Pusat Tabung Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengambil inisiatif untuk mengelolakan kempen derma darah di cawangannya di Citis Square.

    Kempen yang berjalan dari 8 hingga 10 malam itu berjaya mengumpul sebanyak 28 pain darah untuk membantu menambah tabung darah Hospital RIPAS bagi pesakit yang memerlukannya.

    Kempen derma darah tersebut diadakan secara suku tahunan sebagai program untuk memberi kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan menderma darah secara sukarela dan menyumbang kepada masyarakat secara sukarela bagi menyelamatkan pesakit-pesakit yang sangat memerlukannya dalam kalangan masyarakat di negara ini.

    Sebagai penghargaan kepada orang ramai yang menderma darah semasa kempen berkenaan, BK Brunei juga memberikan hadiah percuma kepada penderma terawal.

    Orang ramai yang berkunjung ke cawangan Burger King di Citis Square secara sukarela menderma darah kepada yang memerlukan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda