Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Burger King (BK) Brunei tidak ketinggalan menawarkan pengalaman iftar bersama keluarga di bulan Ramadan ini dengan hidangan istimewa yang didapati di kedua-dua cawangannya di negara ini.
Promosi Ramadan menawarkan hidangan sekeluarga yang termasuk set Crispy, set Flame Grilled, set campuran dan set Whopper dan Family Chicken Meal.
Set Whopper disediakan untuk dua orang yang termasuk satu BK Whopper, satu Whopper Junior, dua minuman berukuran besar, ubi kentang, enam ketul nuget Tempura dan dua Taro Turnover.
Set Crispy pula cukup untuk tiga orang dan mengandungi dua ayam Royale BK, satu BK Spicy Tendercrisp, enam ketul Nuget Tempura, tiga ubi kentang, tiga minuman berukuran besar dan tiga ais krim Vanilla Sundaes berukuran kecil.

Set Flame Grill juga boleh dinikmati tiga orang dengan hidangan termasuk dua Burger Texas Beef, Burger Cheese, enam ketul Nuget Tempura, tiga ubi kentang, tiga minuman berukuran besar dan tiga ais krim Vanilla Sundaes berukuran kecil.
Set campuran yang boleh dinikmati oleh empat orang pula menyajikan dua BK Double Mushroom Swiss, dua BK Chicken Tendergrills, tiga ubi kentang berukuran besar, empat minuman berukuran besar dan empat ais krim Vanilla Sundaes. Manakala itu, Family Chicken Meal untuk tiga orang menyediakan enam ketul ayam goreng BK, satu ubi kentang keju sederhana dan tiga minuman berukuran sederhana.