WASHINGTON, 27 Sept – Rangkaian makanan segera di Amerika Syarikat (AS), semalam mengumumkan burger ikon restoran itu, termasuk Big Mac dan Quarter Pounder dengan Keju, tidak lagi mengandungi pengawet tiruan, perasa tiruan atau pewarna tambahan daripada sumber tiruan.
Cuma kepingan jeruk masih mengandungi pengawet tiruan, kata restoran makanan segera gergasi itu, menyatakan ‘pelanggan boleh mengelak jika mereka tidak mahukan bahan itu’.
Perubahan itu berkuat kuasa di semua 14,000 restoran di AS, kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan. Ia adalah cubaan besar bagi McDonald’s, yang kerap dipandang juara makanan ringan, untuk menarik atau mengekalkan pelanggan yang prihatin mengenai pemakanan mereka.
“Berpaling kepada 100 peratus daging segar dalam burger kami, memasak dengan betul apabila ditempah, kepada membuang pengawet tiruan dalam Chicken McNuggets, dan menghasilkan telur tanpa sangkar menjelang 2025, kami melakukan langkah penting dalam mengembangkan kualiti makanan kami,” kata presiden syarikat berkenaan di AS, Chris Kempczinski. — AFP