Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Burkina Faso ingin berjuang hingga pusingan final AFCON

    GAROUA, CAMEROON, 30 JAN – Dango Ouattara menjaringkan gol pada separuh masa pertama ketika 10 pemain Burkina Faso melengkapkan hatrik kemenangan suku akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) ke atas Tunisia dengan kemenangan 1-0 di Garoua kelmarin.

    Namun, Ouattara dilayangkan kada kuning lapan minit sebelum tamat perlawanan kerana menyiku Ali Maaloul dan kemudian ditukar kepada kad merah oleh pengadil dari Botswana selepas membuat tinjauan VAR dari tepi padang.

    Burkina Faso berjaya mengekalkan pencapaian tahun 1998 dan 2017 untuk mara ke pusingan lapan pasukan terakhir ke atas Tunisia dan mara ke perlawanan separuh akhir menentang sama ada Senegal atau Equatoriak Guinea di Yaounde pada Rabu.

    Kejayaan untuk The Stallions, lima hari selepas negara barat Afrika berkenaan terjerumus ke dalam ketidaktentuan politik apabila Presiden Roch Marc Christian Kabore digulingkan dalam rampasan kuasa tentera.

    “Saya merasa sangat emosional. Saya mendedikasikan kemenangan ini untuk penduduk yang telah diuji dengan insiden tersebut,” kata jurulatih Burkina Faso, Kamou Malo.

    “Rakyat Burkina Faso akan sentiasa bangkit, sama seperti dalam pasukan. Kami telah melakukan yang terbaik hari ini dan kami mahu bermain hingga ke peringkat final dalam kejohanan ini.”

    Sementara itu, pasukan tuan rumah Cameroon telah berjaya menewaskan pasukan Gambia dengan keputusan perlawanan 2-0 di Douala dan menanti pemenang antara Mesir dan Maghribi hari ini dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

    Burkina Faso memulakan perlawanan dengan tanpa ketua pasukan dan penyerang Aston Villa, Bertrand Traore yang menyertai 12 pemain gantian, sementara naib kapten dan pemain pertahanan tengah, Issaufou Dayo terlepas perlawanan akibat kecederaan.

    Dengan ketiadaan kapten pilihan pertama dan kedua, penjaga gol yang telah lama berkhidmat di Belgium, Herve Koffi diberikan peranan untuk mengetuai pasukan negara yang paling hampir meraih kejayaan pada 2013 apabila menamatkan saingan naib juara, Nigeria. – AFP

    Aksi Issa Kabore mencabar pertahanan Tunisia, Ali Maaloul semasa perlawanan suku akhir AFCON antara Burklina Faso dan Tunisia di Stade Roumde Adjia di Garoua, 29 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda