Burnley raih kemenangan di Turf Moor

BURNLEY, ENGLAND, 15 DIS – Chris Wood menjaringkan gol ketujuhnya untuk musim ini ketika Burnley mengakhiri tiga kekalahan berturut-turut dengan kemenangan 1-0 menentang Newcastle dalam saingan Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

Tandukan Wood pada minit ke-58 sudah mencukupi untuk memisahkan pasukan di tangga pertengahan liga walaupun secara keseluruhannya merupakan perlawanan yang buruk di Turf Moor, memberikan pasukan Sean Dyche kemenangan liga kelima di laman sendiri musim ini, tanpa kekalahan.

Tanpa kelibat pemain Allan Saint-Maximin dan Miguel Almiron, pengurus Newcastle, Steve Bruce menurunkan Andy Carroll yang baru beraksi dua kali sejak perpindahan percuma daripada West Ham pada musim panas, serta pertama kali menyarungkan lilitan tangan kapten.

Satu bantahan VAR pada minit ke-13 apabila Wood menjentik bola rendah daripada Dwight McNeil terkena tangan pemain Paul Dummett, yang melakukan rempuhan untuk mencabar penyerang itu, tetapi hanya sepakan sudut diberikan, sekali gus menimbulkan kemarahan penyokong tuan rumah. – AP

Pemain Newcastle United, Andy Carroll (kiri) mengawal bola menentang pemain Burnley semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Turf Moor di Burnley, England. – AP