KUALA LUMPUR, 22 JUN – Bursa Malaysia Bhd memperkenalkan ciri-ciri baharu bagi aplikasi mudah alih ‘Bursa Anywhere’, yang membolehkan pelabur memohon akaun Perkhidmatan Depositori Pusat (CDS) baharu dan mendaftar e-Dividen menggunakan aplikasi itu. Bursa itu dalam satu kenyataan hari ini berkata aplikasi tersebut memudahkan pelabur untuk menguruskan akaun CDS mereka menerusi peranti pintar mereka dan ciri-ciri