Bursa kriptosekuriti diwujudkan

WASHINGTON, 26 Mac – Sebagai langkah digital untuk menghapuskan penipuan dan memudahkan akses kepada modal awam bagi usahawan dan perniagaan kecil, sebuah Bursa Sekuriti Kebangsaan yang berasaskan lejar elektronik atau blockchain telah berjaya didaftar dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Amerika Syarikat.

Hanya dalam masa beberapa bulan, CryptoSecurities® Exchange LLC telah berdaftar dengan SEC sebagai sebuah Peraturan Penawaran Pengecualian D, berdaftar dengan FinCEN sebagai sebuah Perniagaan Perkhidmatan Wang Berdaftar, memperoleh sebuah firma melobi di Washington DC untuk mendapatkan satu perkongsian dengan kerajaan Amerika Syarikat.

Ia juga mengekalkan sebuah firma undang-undang percukaian antarabangsa bagi memastikan pematuhan IRS, dan berada dalam proses untuk menubuhkan sebuah SuperPAC untuk meluluskan agenda mereka di Kongres Amerika Syarikat.

Bursa KriptoSekuriti (CSX) adalah penyelesaiannya. CSX akan menjadi sebuah bursa sekuriti kebangsaan yang berdaftar dengan SEC.

Beroperasi di bawah undang-undang kriptosekuriti yang baharu di negeri Delaware, yang membolehkan stok untuk didigitalkan dan dipindahkan secara elektronik melalui sebuah daftar pemegang saham yang diedarkan di dalam satu rangkaian persendirian berasaskan blockchain, CSX berusaha untuk mendigitalkan daftar pemegang saham bagi setiap syarikat OTC di Amerika Syarikat tanpa sebarang kos. – Bernama