Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Burundi isytiharkan wabak Polio

    BRAZZAVILLE, 17 MAC – Burundi telah mengisytiharkan wabak polio selepas mengesan kes pertama virus itu lebih tiga dekad, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

    Dalam satu kenyataan, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata negara Afrika tengah itu telah mengesan lapan kes virus polio jenis 2.

    Pihak berkuasa kesihatan Burundi mengesan kes pada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang tidak divaksin di barat negara itu, serta dua lagi kanak-kanak yang bersentuhan dengannya.

    Lima lagi sampel polio jenis 2 ditemui dalam air sisa, kata WHO.

    Polio adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus yang menjangkiti sistem saraf dan boleh menyebabkan lumpuh yang tidak dapat dipulihkan.

    Ia terutamanya membahayakan kanak-kanak kecil, tetapi boleh dicegah dengan vaksin yang sangat berkesan dan murah.

    Pengarah serantau Afrika WHO, Matshidiso Moeti, dipetik dalam satu kenyataan sebagai berkata bahawa pengesanan pantas kes Burundi menunjukkan keberkesanan pengawasan penyakit di negara itu.

    “Kami menyokong usaha negara ini untuk meningkatkan vaksinasi polio bagi memastikan tiada kanak-kanak terlepas dan tidak menghadapi risiko kesan melemahkan polio,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...