BERLIN, 30 DIS – Seekor swan yang bersedih atas kematian temannya di landasan kereta api Jerman menyebabkan 23 kereta api tertunda hampir sejam dan terpaksa dialihkan oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas, kata polis.
Kedua-dua burung itu telah tersesat di kawasan landasan kereta api berkelajuan tinggi di antara Kassel dan Gottingen di tengah Jerman ‘semasa bersiar-siar’, menurut polis Kassel.
Salah seekor burung mati, kemungkinan selepas tersangkut pada kabel elektrik di atas, kata kenyataan mengenai insiden pada 23 Disember, yang disiarkan semalam.
Temannya kemudian duduk di tepi bangkai dalam tanda bersedih, tidak menghiraukan usaha pegawai untuk mengumpannya supaya meninggalkan tempat itu sementara menutup landasan kepada lalu lintas. – AFP