Burung swan dilindungi di terusan

BRUGES, BELGIUM, 20 NOV – Bandar Bruges di Belgium telah menyaksikan penangkapan puluhan swan yang telah meluncur di terusannya untuk berlindung daripada penularan selesema burung.

Perancis, Belanda dan Denmark telah pun memulakan penyembelihan ayam selepas kes virus tersebut timbul, dan Belgium telah mengesan wabak di kalangan burung liar.

Langkah perlindungan telah pun diambil di ladang ternakan, namun situasi bertambah rumit di Bruges, di mana swan biasanya bebas untuk merayau-rayau.

“Semua swan telah pun ditangkap, dan bukan senang untuk menangkap mereka,” beritahu datuk bandar Dirk De Fauw kepada AFP.

“Kami terpaksa membawa keluar swan dari ruang bebas bandar dan mengurung mereka di tempat selamat di mana boleh bersembunyi dari burung yang datang dari semua tempat dan burung yang sakit.”

Bandar itu bersiap sedia untuk operasi itu dengan menghentikan pemberian makanan kepada swan selama lima hari.

Apabila bijirin akhirnya diberikan, pekerja perbandaran telah menyambar dan menangkap burung berkenaan untuk dibawa ke taman simpanan. – AFP

Gambar yang diambil pada 19 November di Bruges menunjukkan swan dalam lau burung semasa operasi untuk menangkap mereka sebagai langkah pencegahan terhadap wabak selesema burung di bandar tersebut. – AFP