Monday, May 6, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Burung unta mati tertelan kunci?

    TOPEKA, 23 APRIL – Seekor burung unta yang disayangi di Pusat Pemuliharaan dan Zoo Topeka di Kansas telah mati selepas menelan anak kunci seorang kakitangan.
     
    Pihak zoo mengumumkan dalam satu siaran media sosial Jumaat lalu bahawa burung unta berusia lima tahun bernama Karen telah melepasi pagar, kemudian menyambar dan menelan kunci pekerja. Kakitangan berunding dengan pakar di sekitar Amerika Syarikat ‘untuk menjalani usaha pembedahan dan bukan pembedahan untuk meminimumkan kesan kunci itu. Malangnya, usaha itu tidak berjaya,’ kata zoo berkenaan.
     
    “Karen telah mati Khamis lalu di tangan kakitangan,” kata Pengarah Sementara Zoo Topeka, Fawn Moser, dalam e-mel.
     
    “Kami sangat kecewa dengan kehilangan Karen,” kata Moser dalam satu kenyataan. “Ia bukan sekadar haiwan, tetapi adalah ahli komuniti kami yang disayangi. Ingatan kami kini bersama dengan pasukan penjagaan haiwan kami yang berdedikasi, membentuk ikatan mendalam dengan Karen semasa ia bersama kami.” 
     
    Burung unta yang disayangi itu telah berada di zoo sejak Mac 2023.
     
    Karen terkenal kerana amat suka bermain air ‘dan, yang paling penting, menjadi ‘ratu menari’ kami!’ kata zoo itu.
     
    Pihak zoo berkata ia menjalankan siasatan dan ‘sedang mengambil tindakan sewajarnya berhubung ahli pasukan terbabit.’
     
    Zoo itu juga berkata ia akan menyemak dan meningkatkan protokol keselamatan untuk haiwannya.
     
    Pusat Pemuliharaan dan Zoo Topeka adalah tempat tinggal kepada lebih daripada 300 haiwan yang dipamerkan di seluruh kawasan seluas 35 ekar, menurut laman webnya. – AP
     
    Gambar yang disediakan oleh Zoo Topeka ini menunjukkan Karen mati terbunuh pada 18 April 2024, selepas menyambar dan menelan kunci seorang kakitangan zoo. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...