Wednesday, June 7, 2023
27.9 C
Brunei

    -

    BUSA anjur aktiviti daki bukit

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Persatuan Brunei-Amerika Syarikat (BUSA) mengadakan aktiviti mendaki bukit dan mengunjungi Wasai Balik Kanajong di Bukit Silat, Kampung Katok pagi tadi.

    Seramai 35 orang telah menyertai aktiviti lasak berkenaan anjuran bersama BUSA Chapter (Universiti Brunei Darussalam, Universiti Teknologi Brunei dan Politeknik Brunei) dan Kelba Fitness dari Kolej Perdagangan Laksamana (LCB).

    Turut menyertai acara tersebut ialah Pemangku Duta selaku Charge d’Affaires Duta Besar Amerika Syarikat ke Brunei Darussalam, Emily M Fleckner dan Pegawai Perhubungan Awam Amerika Syarikat, Jeff Barrus; Presiden BUSA, Dayang Salimah binti Haji Saim, ahli BUSA, ahli LCB Fitness Club dan juga orang ramai.

    Aktiviti mendaki bukit bermula dengan penerangan ke-sedaran yang disampaikan oleh salah seorang pendaki, Faaiz Zulkifli.

    Semasa pendakian, para peserta mendaki selama satu jam melalui  Wasai Buang Tengkurok dan Wasai Marak Berapi serta bukit yang mencabar.

    Menurut Pengerusi BUSA-UBD Chapter, Bashreen Bahreen, aktiviti lasak ini mampu mengurangkan stres dan memberikan tahap kesihatan yang baik serta meningkatkan kesihatan mental dan fizikal, terutamanya sebelum menghadapi peperiksaan hujung semester.

    Jeffrey Barrus bersama peserta lain semasa aktiviti mendaki bukit dan mengunjungi Wasai Balik Kanajong di Bukit Silat, Kampung Katok pagi kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -