Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BUSA anjur seminar sokong Hari Kesihatan Mental Sedunia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, Persatuan Brunei-Amerika Syarikat (BUSA) baru-baru ini telah mengadakan seminar mengenai interaksi penting antara personaliti dan kecerdasan emosi di tempat kerja yang diadakan di Bilik Mesyuarat, Kampung Kiarong.

    Dengan tema Memperkasakan Hati, Mengaspirasikan Perubahan, seminar berfungsi sebagai kesinambungan kepada acara sebelumnya yang memfokuskan pada pemahaman selok-belok minda manusia dan kesannya terhadap dinamik tempat kerja melalui pemahaman proses otak yang berbeza.

    Pegawai Hal Ehwal Awam Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Bandar Seri Begawan, Katherine Ntimoah turut hadir menyokong dan menyertai seminar tersebut.

    Pendidik dari Kementerian Pendidikan, Dayang Zulfa binti Hassan telah membantu seminar tersebut di mana para peserta meneroka kepentingan mengenali personaliti dan perbezaan emosi antara diri sendiri dan orang lain serta menerimanya sebagai peluang untuk memperbaiki diri.

    Dengan mengakui dan menghormati perbezaan ini, individu boleh memanfaatkan kekuatan kolektif pasukan dan menggalakkan budaya kerja yang lebih inklusif.

    Kesedaran sedemikian boleh menjadi pemangkin yang kuat untuk komunikasi dan kerjasama yang lebih berkesan.

    Dengan mengamalkan ilmu yang dikongsi dalam seminar berkenaan, para peserta boleh berusaha untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni, inklusif dan produktif.

    BUSA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Katherine atas sokongan yang tidak ternilai, Dayang Zulfa atas pemudahcaraan yang cemerlang dalam seminar tersebut, dan semua peserta yang menghadiri seminar interaktif tersebut.

    Dayang Zulfa semasa mengendalikan seminar sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia berkenaan. – Gambar serahan BUSA
    Gambar ramai bersama Katherine, Zulfa, ahli-ahli BUSA dan para peserta yang menyertai seminar. – Gambar serahan BUSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda