Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    BUSA-PB anjur Malam Apresiasi

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Bagi mengakhiri semester dan menghargai ahli-ahlinya, Persatuan Brunei-Amerika Syarikat (BUSA) Politeknik Brunei (PB) Chapter baru-baru ini telah mengadakan Malam Apresiasi di sebuah restoran di Kampung Kiarong.

    Majlis berkenaan menyaksikan seramai 40 orang ahlinya menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Ketua Pusat Pembangunan dan Inovasi Pelajar PB, Awang Muhamad Alinorde bin Muhd Deli selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir ialah Profesor di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pengarah Pusat BIST, Virginia Polytechnic Institute and State University (Virginia Tech), Dr Rolf Mueller dan Pengasas Bersama dan Penasihat Kehormat BUSA, Dayang Siti Salwah.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Penasihat Kehormat BUSA dan mentor Bahagian BUSA-PB, Dayang Salimah binti Haji Saim mengucapkan terima kasih kepada para pelajar atas komitmen, penyertaan dan sumbangan mereka dalam menganjurkan acara berkenaan dan bersama membantu masyarakat dan berharap membuat perubahan agar mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari dalam usaha mereka pada masa hadapan.

    BUSA-PB Chapter telah ditubuhkan pada 2018 sebagai BUSA di PB.

    Awang Muhamad Alinorde menyampaikan sijil kepada Dayang Normaizah semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan BUSA
    Awang Muhamad Alinorde, Dr Rolf Mueller, Dayang Siti Salwah dan para peserta bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan BUSA

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda