Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Busana Deepika Padukone dikecam

    Kemunculan aktres terkenal Bollywood, Deepika Padukone di perlawanan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar telah berjaya meraih perhatian ramai.

    Deepika yang ditugaskan untuk mendedahkan trofi Piala Dunia edisi 2022 itu muncul sebelum perlawanan akhir bermula di samping penjaga gol terkenal yang berasal dari Sepanyol, iaitu Iker Casillas.

    Biarpun kemunculan Deepika di temasya sukan bola sepak terbesar dunia itu membuatkan ramai rakyat India berbangga dengannya, namun ada juga yang telah melontarkan kecaman terhadap penampilannya pada malam itu.

    Warganet dilihat telah mengecam pakaian yang dipakai oleh pelakon filem Om Shanti Om itu yang dikatakan seperti beg plastik.

    Deepika telah memakai busana yang direka khas oleh jenama terkenal Louis Vuitton di mana dia merupakan duta global untuk jenama itu.

    Di Instagram Louis Vuitton, kelihatan ramai warganet yang telah meninggalkan komen kecaman kepada jenama itu kerana memberikan pakaian yang ‘buruk’ kepada aktres kesayangan mereka.

    Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Lusail Qatar itu, pasukan Argentina telah muncul sebagai juara menewaskan Perancis di peringkat penalti dengan jaringan 4-2 selepas kedua-dua pasukan terikat seri 3-3. – Agensi

    Warganet mengecam busana yang dipakai oleh Deepika yang dikatakan seperti beg plastik. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda