Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Busana feminis Dior tampak elegan

    PARIS – Dior mengadakan pertunjukan paling mengejutkan dalam sejarah busana anggun baru-baru ini dalam sebuah rumah berhala ‘The Female Divine’, dengan bintang-bintang terkenal termasuk Uma Thurman dan Sigourney Weaver berjalan berderet memasuki perut ibu dewi berbaring yang besar menerusi vulvanya.

    Pentas sepanjang 75 meter itu dicipta oleh artis veteran feminis Amerika Judy Chicago, yang memberitahu AFP: “Kami berjalan masuk sama seperti kami keluar.”

    Bahagian dalam yang kelihatan seperti rahim digantung dengan panji-panji sulaman dengan soalan apakah rasanya kehidupan ‘jika wanita menguasai dunia.’

    “Adakah lelaki dan wanita sama rata? Adakah terdapatnya keganasan? Adakah wanita dihormati?” soalan di panji-panji, yang dijahit di sebuah sekolah sulaman wanita di India, di mana seni merupakan bidang lelaki.

    Pereka Dior, Maria Grazia Chiuri – wanita pertama yang memimpin gedung fesyen Perancis – telah menjadikan pemerkasaan wanita satu tiang jenama, melancarkan kepimpinannya pada tahun 2016 dengan kemeja-T berbunyi ‘Kami semua harus menjadi feminis.’

    Seorang model memperagakan ciptaan untuk Dior ketika pertunjukan fesyen koleksi Haute Couture Musim Bunga-Panas Wanita 2020/2021 di Paris. – AFP

    “Kuasa wanita bukan sahaja melahirkan anak, tetapi kuasa untuk mencipta,” beritahu pereka Itali itu kepada AFP tatkala beliau memperagakan dewi-dewi Greek dalam ciptaan yang jarang dan halus berwarna emas dan gading.

    Koleksi tersebut memukau pengkritik yang berkata ia mengingatkan kembali kepada era gembira dan menyenangkan busana anggun dalam tahun 20an, dengan Vogue mengalu-alunya sebagai ‘kekayaan memalukan.’

    Diilhamkan oleh jubah kuno Peplo Greece dan patung klasik, Chiuri menggunakan jubah dan motif simpulan untuk menyesuaikan visi ‘kecantikan Botticellian’ klasik untuk wanita yang telah menerima takdir pada lapel ciptaannya.

    Ia jelas dilihat pada mantel tanpa lengan berbulu yang layak untuk Cleopatra sendiri yang dipakai oleh supermodel Dominica, Lineisy Montero.

    “Kami mahu merai aspek dewi wanita dan kuasa mereka,” kata Chiuri.

    Wanita boleh menjadi dewi dan model contoh, tegasnya, tatkala beliau memperagakan ciptaan Athenas dan Artemis di karpet ungu yang terdiri daripada ‘satu ribu bunga’ yang dibayangkan oleh Chicago sebagai satu penghormatan kepada Eleanor Aquitaine, pemerintah zaman pertengahan Perancis dan England.

    “Masalah sebenar adalah kami tidak fikir (sebagai wanita) bahawa kami boleh mempunyai impian,” tambah Chiuri.

    “Apabila saya menceburi bidang fesyen, saya tidak terfikir saya boleh berada di sini, tetapi ia berlaku. Di manakah sekatan ini datang?” soal pereka fesyen itu.

    “Melakukan usaha sama ini dengan Judy Chicago juga satu cara untuk memberitahu wanita muda bahawa terdapat rujukan dalam seni dan fesyen untuk mereka – orang yang telah mengharunginya sebelum mereka.

    “Anda boleh melakukannya – hidup anda tidak ditakdirkan untuk menjadi seorang ibu. Saya berasa gembira menjadi seorang ibu, tetapi ia bukannya satu-satunya peranan yang menjadikan saya individu. Saya juga seorang pengarah kreatif, seorang isteri, seorang kawan,” tambah Chiuri.

    Dengan itu, pereka fesyen itu mengganti gaun perkahwinan tradisional yang mengakhiri pertunjukan busana anggun dengan ciptaan baju dalam yang menunjukkan bulan bersalutkan ‘lautan manik-manik mutiara.’

    Lebih 1,500 jam telah dihabiskan untuk menyiapkan ciptaan itu, kata Chiuri, dengan yang lainnya ditenun dan dihiasi dengan wayar emas untuk menjadikannya bertelau-telau di bawah cahaya lampu.

    Chicago paling dikenali atas kerja epik beliau ‘The Dinner Party’ – tiga meja dikhaskan untuk 39 orang wanita unggul tetapi dilupakan dalam sejarah, daripada Dewi Primordial kepada Ishtar, Kali dan penulis novel Virginia Woolf.

    Artis itu berkata beliau telah bercita-cita untuk membina rumah berhalanya ‘The Female Divine’ sejak 1977.

    Berjaya mencapai impiannya itu merupakan ‘peluang paling kreatif seumur umurnya,’ kata pereka berusia 80 tahun itu.

    Hasil ciptaannya akan dibuka kepada orang awam pada Selasa selama lima hari.

    Dewi Chicago diletak di halaman Muzium Rodin di Paris, yang merai salah seorang pengarca paling macho, menambah lagi perasaan gementar.

    Pengkritik feminis belum memaafkan artis Perancis atas layanannya terhadap pengarca Camille Claudel, kekasih dan model, yang dikatakan merupakan orang yang setanding dari segi estetika.

    Pertunjukan Dior melancarkan pertumbuhan busana anggun pada minggu ini, yang unik di Paris.

    Dianggap sebagai mercu fesyen, sesetengah wanita paling kaya di dunia membayar berpuluh ribu untuk memakai ciptaan satu dozen pereka fesyen yang dibenarkan untuk menggunakan label itu di bawah undang-undang Perancis. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda