Friday, May 2, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Busana tradisional meriahkan Lebaran MPK Subok

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Subok baru-baru ini turut tidak ketinggalan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menghimpunkan para penduduk kampung setempat.

    Majlis berkenaan berlangsung di rumah kediaman Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat yang juga selaku Ketua Kampung Subok.

    Pada majlis berkenaan, Yang Berhormat Awang Lawi antaranya berharap jalinan silaturahim dan perpaduan sesama penduduk kampung akan lebih erat terjalin kukuh dari semasa ke semasa dengan adanya majlis sedemikian.

    Keindahan majlis telah diserikan dengan tema pakaian yang mana para lelaki memakai tanjak atau dastar dan keris manakala perempuan berpakaian opah demi untuk mengimbas kenangan nostalgia cara orang-orang dahulu berpakaian semasa Hari Raya.

    Antara yang hadir ialah mantan-mantan MPK Subok dan juga golongan warga emas di kampung tersebut.

    Yang Berhormat Awang Lawi semasa menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran MPK Subok, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN MPK SUBOK
    ATAS & BAWAH : Antara tetamu lelaki yang memakai tanjak atau dastar dan keris pada Majlis Hari Raya MPK Subok. – GAMBAR SERAHAN MPK SUBOK
    GAMBAR SERAHAN MPK SUBOK

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda