Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Busana unik ilham di luar kotak akal

    PARIS – Pasangan pereka fesyen dinamik Viktor & Rolf sering kali dipuji dalam ciptaan busana unik disebabkan idea yang diilhamkan di luar kotak fikiran.

    Musim ini, mereka mengembangkan ciptaan mereka untuk menampilkan gaya-gaya yang menarik dan unik. Hasil rekaan mereka diperagakan di hadapan penonton VIP yang kelihatan terhibur, menyaksikan model-model dalam gaya struktur padu dan segi empat tepat.

    Salah satu ciptaan pertama menampilkan fabrik minimalis dengan bahu segi empat tepat, seolah-olah model itu telah dibalut sebagai hadiah atau disarung dengan rekaan fesyen untuk beberapa jenis hantaran mewah. Memberikan sentuhan akhir pada gaya busana, model berkenaan memakai hiasan kolar leher merah anjing-hibrid.

    Dalam rekaan lain, struktur berkotak di bawah pakaian berkonsepkan pelapik bahu yang kukuh, mengimbau kembali zaman glamor di Hollywood. Koleksi kali ini merupakan gabungan pakaian yang menampilkan baju houndstooth biru, skirt mini berjalur pastel dan jaket bersulam Bordeaux dengan lapik bahu besar seperti kotak yang menjulang tinggi di atas dahi model. Ia memberikan pemandangan yang menarik, menggabungkan masa lalu dan masa depan.

    “Tubuh manusia silang-menyilangi dalam tiga dimensi, bentuk geometri abstrak seperti kiub, segi tiga, dan sfera … serta daripada set blok kanak-kanak,” kata pereka fesyen itu.

    Terkenal dengan persembahan teater mereka, Viktor & Rolf sekali lagi menampilkan persembahan yang menarik dan menghiburkan jauh daripada fesyen tradisional.

    Teknik rekaan yang teliti dan struktur eksperimen mereka sungguh menyerlah, mengimbau kejayaan masa lalu seperti garis bahu yang dibesar-besarkan dan korset boleh tanggal daripada pertunjukan yang diilhamkan oleh Nosferatu.

    Reka bentuk fesyen musim ini bukan hanya pakaian tetapi ulasan tentang fesyen itu sendiri serta kelainannya. Viktor & Rolf sekali lagi menunjukkan bahawa mereka adalah pereka fesyen yang hebat, menerusi pembinaan semula kotak dengan setiap jahitan. – AP

    ATAS & BAWAH: Para model memperagakan koleksi fesyen Viktor & Rolf bagi Musim Luruh/Musim Sejuk 2024 di Paris. – AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda