Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Busquets gantung kasut hujung musim MLS

    MIAMI, 26 SEPT – Bekas bintang Barcelona dan Sepanyol yang kini beraksi bersama Inter Miami, Sergio Busquets, kelmarin mengumumkan bahawa dia akan bersara daripada bola sepak pada penghujung musim 2025 Major League Soccer (MLS).

    Pemain tengah berusia 37 tahun itu membuat pengumuman tersebut menerusi satu hantaran di media sosial.

    “Ini akan menjadi bulan-bulan terakhir saya di padang. Saya bersara dengan penuh kegembiraan, rasa bangga, kepuasan dan yang paling penting, kesyukuran,” kata Busquets dalam satu video di laman Instagramnya.

    “Terima kasih yang tulus kepada semua dan kepada bola sepak atas segalanya. Kamu akan sentiasa menjadi sebahagian daripada kisah indah ini.”

    Seorang pemain elegan dan berkemahiran tinggi yang dikenali dengan ketenangan serta kawalan bola yang cemerlang, Busquets dianggap antara pemain tengah bertahan terbaik dalam sejarah.

    Dia memainkan peranan penting dalam sembilan kejuaraan liga Sepanyol bersama Barcelona dan turut membantu kelab itu meraih tiga trofi Liga Juara-juara. – AFP

    Sergio Busquets melakukan hantaran dalam perlawanan MLS antara New York City FC dan Inter Miami CF di Citi Field, pada 24 September, di Bandar New York. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda