Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Busut anai-anai tertua aktif 34,000 tahun

    CAPE TOWN, AFRIKA SELATAN, 4 JULAI – Para saintis di Afrika Selatan terkejut apabila mendapati busut anai-anai yang masih didiami di kawasan gersang di negara itu berusia lebih 30,000 tahun, bermakna ia adalah busut anai-anai tertua yang diketahui.

    Beberapa busut berhampiran Sungai Buffels di Namaqualand itu dianggarkan berusia 34,000 tahun menerusi pentarikhan radiokarbon, menurut penyelidik dari Stellenbosch University.

    “Kami tahu ia sudah tua, tetapi tidak begitu tua,” kata Michele Francis, pensyarah kanan di jabatan sains tanah universiti tersebut yang mengetuai kajian itu. Kertas kerjanya diterbitkan pada Mei lalu.

    Francis berkata busut-busut itu wujud ketika kucing-kucing bergigi pedang dan mamot berbulu berkeliaran di bahagian lain di Bumi dan sebahagian besar Eropah dan Asia dilitupi ais. Ia wujud sebelum beberapa lukisan gua terawal di Eropah.

    Beberapa busut anai-anai fosil telah ditemui berusia berjuta-juta tahun dahulu. Busut tertua yang didiami sebelum kajian berkenaan ditemui di Brazil dan berusia seki-tar 4,000 tahun. Ia kelihatan dari angkasa.

    Francis berkata busut Namaqualand adalah versi anai-anai bagi ‘kompleks apartmen’ dan bukti menunjukkan ia telah didiami secara konsisten oleh koloni anai-anai.

    Busut anai-anai adalah ciri terkenal landskap Namaqualand, tetapi tiada siapa yang mengesyaki umurnya sehingga sampel busut berkenaan dibawa kepada pakar di Hungary untuk pentarikhan radiokarbon. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...