Gambar ANN/The Straits Times
Pertandingan yang diberi tajuk ‘Art of Trash’ menerima lebih daripada 190 penyertaan daripada peserta kreatif dengan memanfaatkan sampah untuk diubahsuai menjadi seni.
“Saya ingin memakai pakaian yang mampan yang sesuai dengan tema keseluruhan acara, tetapi juga sesuatu yang praktikal yang boleh saya pakai pada acara-acara lain,” kata Lizzy Homersham.
Beliau telah membincangkan reka bentuk dan jenis fabrik dengan pereka, Padit, dan menunggunya membuat penyesuaian pada blaus semasa sesi mencuba pakaian pada 8 Mac.
Hasilnya?
Sepasang pakaian terdiri daripada skirt dengan corak seni kerja tampal cantum yang berwarna-warni – dijahit bersama daripada cheongsam lama dan pakaian bercetak – dan blaus putih ringkas dipadankan dengan corak tampal hias cetakan yang sepadan.
Penyertaannya memenangi tempat kedua dalam pertandingan itu.
Fashion Pulpit telah mencipta lebih daripada 100 pakaian eksklusif, daripada skirt lelilit hingga rompi yang diperbuat daripada jean denim lama.
“Kami ingin memperkenalkan pakaian kitar semula mengikut tempahan untuk segmen pelanggan yang lebih luas, selepas beberapa orang mengongsikan bahawa mereka tidak selesa membeli pakaian terpakai, tetapi tidak keberatan membeli pakaian kitar semula yang dibuat daripada pakaian lama mereka,” kata Padit.
Ini hanyalah satu daripada beberapa strategi yang digunakan oleh syarikat untuk memanjangkan jangka hayat pakaian dan mengurangkan pembaziran tekstil di Singapura.
Sisa tekstil di negara itu mencecah 189,000 tan pada tahun 2021, dengan 96 peratus daripadanya dibakar, menurut angka terkini daripada Agensi Alam Sekitar Kebangsaan.
Disebabkan ingin menangani masalah yang semakin meningkat ini dengan cara yang inovatif, Padit, yang sebelumnya seorang pereka fesyen, menubuhkan The Fashion Pulpit pada tahun 2018 untuk mempromosi budaya pertukaran pakaian, supaya pengguna dapat mempertingkat almari pakaian mereka dengan cara yang mampan.
Pelanggan membayar yuran keahlian, yang bermula daripada $35 untuk pertukaran sekali sahaja dengan lapan pasang pakaian.
Tempoh keahlian lain termasuk dua bulan, enam bulan dan satu tahun, dengan dua tempoh terakhir membenarkan pelanggan menukar sejumlah pakaian tidak terhad sepanjang tempoh keahlian mereka.
Mereka kemudian boleh mengumpul mata ganjaran untuk menebus daripada rak-rak pakaian terpakai yang kelihatan seperti baharu. Mata ganjaran diperuntukkan kepada pakaian berdasarkan gaya, kualiti, jenama dan sejauh mana pakaian itu ‘boleh ditukar’.
Setiap dua minggu, rak-rak berkenaan akan melalui penjenamaan semula, dengan kakitangan sibuk pada Isnin untuk menggantikan pakaian sedia ada dengan yang baharu.
Beberapa pakaian berkenaan sebelum ini dipamerkan tetapi tidak dipilih oleh pelanggan.
Kira-kira 99 peratus inventori kedai datang daripada ahlinya, manakala selebihnya didermakan oleh jenama daripada koleksi mereka yang lepas.
Keesokan ha-rinya, tepat pada jam 11 pagi, pelanggan akan datang dengan membawa beg penuh pakaian lama untuk ditukar, bagi mendapatkan pilihan pertama pakaian ditawarkan butik itu.
Sarah Moore, 41, selalu datang ke The Fashion Pulpit setiap kali dia bosan dengan pakaian sedia ada dan berasa memerlukan pakaian baharu.
Guru di Sekolah Antarabangsa Australia itu berkata pertukaran pakaian telah menjadikannya lebih peka apabila membeli pakaian baharu.
Apabila wartawan Sraits Times bertemu dengannya, dia membawa dua orang rakan untuk memperkenalkan mereka pada pengalaman menukar pakaian.
Rujukan daripada mulut ke mulut ini telah membantu Padit mengembangkan jumlah keahlian butik daripada 300 ahli pada tahun 2018 hingga lebih 6,000 pada 2022.
Pakaian lama yang tidak dipilih oleh pelanggan akan dijual pada acara kitar semula yang dikenali sebagai Playdate setiap suku tahun.
Pembeli boleh membeli tiket $18 untuk membeli lima helai pakaian, atau tiket $48 untuk 20 helai.
Pakar perunding, Tiffany Lee, 30, dan rakannya, Doreen Ang, 34, sentiasa mencari acara kitar semula untuk dihadiri bersama-sama.
“Wanita suka membeli pakaian baharu tetapi ia datang dengan kos yang tinggi kepada alam sekitar dan juga dompet kita,” kata Puan Ang, seorang pengurus pembangunan perniagaan.
Pasangan itu juga sering menukar pakaian antara satu sama lain, setelah bertemu melalui Carousell beberapa tahun lalu dan mengetahui bahawa mereka berkongsi cita rasa yang sama dalam pakaian dan juga saiz pakaian.
Sejak dilancarkan pada tahun 2018, The Fashion Pulpit telah menyelamatkan lebih daripada 10,000kg pakaian daripada dibakar, menurut laporan kelestarian yang diterbitkan pada Disember 2022.
Sementara ia kelihatan seperti tidak memberikan kesan, langkah membantu pengguna menjalin hubungan yang lebih sihat dengan pakaian mereka telah menimbulkan gelombang pembaharuan dalam kalangan pembeli di sini, ujar Padit.
Beliau menambah, “Penting untuk kita mengetahui bagaimana pakaian kita dibuat, bahan-bahan yang diperlukan untuk membuatnya selain juga mengiktiraf orang yang membuatnya.
“Dengan cara ini, kita akan membeli dengan lebih baik, menjaga apa yang kita miliki dan, pada akhirnya, alam sekitar kita melalui pemahaman yang lebih mendalam tentang dari mana kita mendapatkan sumber kita.” – ANN/The Straits Times