Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Butler cetus kebangkitan Bulls

    LOS ANGELES, 2 April – Jimmy Butler menjaringkan 33 mata untuk mengekalkan usaha Chicago bagi persaingan playoff semalam ketika pasukan Los Angeles Clippers mengatasi kesukaran untuk menewaskan Lakers.

    Butler menjaringkan sembilan mata terakhir bagi pasukan Bulls dalam kemenangan 106-104 mereka ke atas Atlanta Hawks di United Center ketika Chicago berjaya mengatasi defisit sembilan mata untuk melengkapkan kemenangan.

    Kemenangan itu menyaksikan Chicago memperbaiki kedudukan kepada 37-39, membawa mereka ke perlawanan tiga hala menentang Miami Heat dan Indiana Pacers bagi kedudukan playoff ketujuh yang ditawarkan dari Eastern Conference.

    “Tidak seorang pun menjangka kami akan berada dalam playoff, tidak seorang pun menjangka kami akan menang,” kata Butler.

    “Saya hanya keluar di sana bermain bola keranjang. Saya mahu menang, saya rasa semua orang mengetahuinya.”

    Jurulatih Bulls, Fred Hoiberg tidak dapat menyembunyikan kekagumannya terhadap Butler.

    “Dia seorang pemain yang luar biasa,” kata Hoiberg. “Jimmy melakukan segalanya sekali lagi. Dia baru mendapatkan cara untuk menjaringkan gol, jelas, dia adalah saebahagian besar daripada kemenangan tersebut.”

    Butler dibantu oleh Rajon Rondo, yang mencatatkan 25 mata dan 11 ‘rebound’, sementara Denzel Valentine menghasilkan 13 dan Paul Zipser menambah 10. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda