Setelah sukses ditayangkan di Indonesia pada April lalu, filem biografi yang paling dinantikan ramai, Buya Hamka kini memasuki pawagam di Malaysia bermula 15 Jun lalu.
Naskhah arahan Fajar Bustomi ini sangat istimewa dan merupakan sebuah karya yang menyingkap kisah hidup dan perjuangan seorang tokoh hebat kelahiran Indonesia, Hamka atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah.
Beliau bukan sahaja berjasa kepada bangsanya, tetapi juga masyarakat Nusantara yang menyanjungnya sebagai ulama dan sasterawan ulung. – SinarPlus

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.