BELAIT, 24 OGOS – Pasukan Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) telah mengadakan perlawanan persahabatan badminton bersama pasukan badminton Lawas, Sarawak, Malaysia, kelmarin.
Turut menyertai Pasukan BVBC ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Ali bin Tanjong dan Penasihat 2 BVBC, Haji Saidin Haji Mohd Salleh manakala Kelab Badminton Umchoii Lawas diketuai oleh Haji Hamdan.
Perlawanan yang berlangsung di Dewan Top Sport, Lawas, Sarawak, bertujuan mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan hubungan persahabatan antara kedua-dua pasukan.
Kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang perlawanan, sekali gus menjadikan pertemuan itu satu pengalaman berharga bagi semua peserta.


