Pasukan Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang diketuai oleh Haji Mohd Alidin bin Haji Kura mengadakan perlawanan persahabatan menentang Pasukan Pengguna Dewan Kemasyarakatan Bangar dan Rataie, yang diketuai oleh Haji Bahrum bin Haji Talib, kelmarin, di Dewan Belalong, Pekan Bangar, Daerah Temburong yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara kedua-dua pasukan.
