Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BVBC, IKBN adakan perlawanan persahabatan badminton

    MIRI, 1 JULAI – Pasukan Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang diketuai oleh Haji Mohd Alidin bin Haji Kura, baru-baru ini telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Veteran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yangdiketuai oleh Pengarah IKBN Miri, Mazlan bin Anis.

    Perlawanan tersebut berlangsung di Dewan IKBN Miri, Sarawak dan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan hubungan mesra antara kedua-dua pasukan veteran.

    Selain beraksi dalam semangat kesukanan, perlawanan ini turut menjadi platform untuk bertukar pengalaman dan memupuk kerjasama yang lebih erat antara komuniti sukan veteran dari Brunei dan Malaysia.

    Kedua-dua pasukan turut menyatakan hasrat untuk meneruskan jalinan hubungan ini melalui penganjuran perlawanan balas di masa akan datang.

    Pasukan BVBC dan IKBN ketika perlawanan persahabatan di Dewan IKBN, Miri, Sarawak, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN BVBC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda