Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    BWF anugerah 5 kejohanan pada China

    KUALA LUMPUR, 30 Nov – China telah dianugerahkan hak untuk menghoskan lima kejohanan badminton antara 2019 dan 2025, umum Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

    China akan menghoskan Piala Thomas dan Uber pada tahun 2024, Piala Sudirman pada tahun 2021 dan 2025 serta Kejuaraan Junior Dunia pada tahun 2021, dengan beberapa bandar hos masih belum disahkan.

    Bidaan akhir itu dibuat kelmarin, apabila anggota Dewan BWF mendengar bagi bidaan dari ahli-ahli persatuan bagi 18 acara utama, termasuk Piala Uber dan Thomas, Piala Sudirman, Kejuaraan Dunia, Kejuaraan Junior Dunia dan Kejuaraan Senior Dunia.

    Badan pentadbir badmonton dunia itu berkata pengumuman tersebut adalah ‘satu pencapaian’ buat BWF dalam usahanya untuk meningkatkan pendedahan dan populariti sukan badminton di pentas global di tempat-tempat tradisional dan membangun di seluruh dunia.

    “Ia membolehkan kesemua hos kami untuk bekerjasama rapat dengan BWF bagi memastikan penganjuran kejohanan kelas dunia ketika kami terus mengembangkan sukan itu secara global,” kata Presiden BWF, Poul-Erik Hoyer.

    “Kami bertuah kerana menerima beberapa bidaan hebat, semuanya seiring dengan visi ke hadapan kami.

    “Susulan tempoh penilaian yang meletihkan, kami kini dapat menentukan bandar-bandar serta negara-negara hos yang sesuai dan terbaik bagi sukan ini,” katanya dalam satu kenyataan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda