Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    BWF rombak jadual perlawanan 2022

    KUALA LUMPUR, 29 OKT – Badan pengurusan badminton mendedahkan rancangan merombak semula jadual perlawanan 2022 kelmarin yang merangkumi saingan Eropah sementara kejohanan Asia akan menjadi ‘kluster’ disebabkan gangguan koronavirus.

    Acara sukan tersebut terjejas akibat pandemik dan masih menjadi kesan buruk di Asia kerana penularan baharu dan langkah berjaga-jaga pembukaan semula.

    Setiausaha Agung Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Thomas Lund berkata tiga kejohanan berturut-turut yang dilangsungkan di Thailand pada Januari tahun ini – menandakan pembukaan semula kejohanan antarabangsa di Asia – merupakan model kejayaan bagi penyambung semula dengan lebih meluas.

    Badan tersebut memutuskan untuk menganjurkan ‘kluster’ serupa bagi kejohanan di pelbagai negara dalam usaha untuk ‘mengurangkan kerumitan perjalanan rentas sempadan sekeliling,’ katanya.

    Kejohanan yang akan diadakan secara berturut-turut akan dilangsungkan di beberapa buah negara termasuk India, Korea Selatan, Thailand dan Jepun, dengan tiga lagi acara di China pada hujung tahun hadapan, merangkumi musim penghujung Jelajah Dunia Akhir di Guangzhou. – AFP

    Gambar fail aksi pemain Jepun, Kento Momota bermain menentang Viktor Axelsen dari Denmark di kejohanan Terbuka Denmark. BWF mendedahkan rancangan untuk merombak semula jadual perlawanan 2022.- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda