Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    BYD China buka kilang EV di Thailand

    BANGKOK, 4 JULAI – Syarikat terbesar kenderaan elektrik (EV) China, BYD membuka kilang di Thailand hari ini, meneruskan usaha pengembangannya dalam pasaran antarabangsa meskipun mengalami kelembapan dan beberapa jam sebelum Kesatuan Eropah (EU) dijangka mengenakan tarif ke atas firma EV China.

    Kilang di Rayong, kawasan perindustrian di tenggara Bangkok, mampu menghasilkan sehingga 150,000 kenderaan setahun, menurut syarikat itu, yang menguasai pasaran domestiknya.

    Wang Chuanfu, Ketua Eksekutif BYD yang berpangkalan di Shenzhen, berkata pengeluaran pada mulanya akan menumpukan pada EV sepenuhnya dan kemudian berkembang untuk memasukkan hibrid plug-in, yang menggabungkan enjin konvensional dengan motor elektrik.

    “Kilang BYD Thailand mempunyai kapasiti tahunan sebanyak 150,000 kenderaan, termasuk empat proses utama pengeluaran kenderaan dan alat ganti dan akan mewujudkan kira-kira 10,000 pekerjaan,” kata Wang semasa majlis perasmian.

    Langkah itu diambil ketika Thailand berusaha untuk mengalihkan sektor keretanya yang telah lama wujud daripada kenderaan konvensional kepada pengeluaran EV.

    BYD Qin L Dmi diperkenalkan semasa pameran kereta China 2024 di Beijing, 25 April lalu. – AP

    BYD memintas syarikat Tesla milik Elon Musk pada suku keempat 2023 untuk menjadi penjual EV terbaik di dunia.

    Tesla merampas semula kedudukan teratas pada suku pertama tahun ini, tetapi BYD yakin tentang pengembangannya, menegaskan bulan lepas ia akan meneruskan dengan pelancaran kilang kedua di EU.

    Pengeluar kereta China itu mencatatkan rekod keuntungan tahunan sebanyak AS$4.1 bilion tahun lepas, tetapi pada April melaporkan pendapatan yang lebih rendah daripada yang dijangka untuk suku pertama 2024.

    BYD telah berdepan dengan perang harga yang sengit di China, di mana 129 jenama EV sedang bergelut dengan hanya 20 yang mencapai bahagian pasaran domestik sebanyak satu peratus atau lebih, menurut Bloomberg. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...