SHENZHEN, 25 FEB – Pembuat kereta China, BYD telah menghantar kumpulan pertama kereta BYD ATTO 3 baharu ke Hungary, pencapaian baharu dalam pembangunannya di pasaran Eropah Tengah dan Timur, menurut syarikat itu.
Sejak memasuki Hungary pada Oktober 2023, perniagaan kereta BYD telah mencapai pembangunan yang pesat di pasaran Hungary. Bekerjasama dengan pengedar tempatan utama, syarikat itu menyediakan perkhidmatan bersepadu kepada pengguna daripada perundingan pembelian kereta hingga penyelenggaraan selepas jualan.
Pada masa ini, BYD mempunyai tiga kedai di Budapest, ibu negara Hungary, dan merancang untuk terus mengembangkan rangkaian jualan dan perkhidmatannya di negara itu. Bilangan kedai BYD di Hungary dijangka meningkat kepada enam menjelang akhir tahun 2024.
Data BYD menunjukkan bahawa eksport Syarikat meningkat sekitar 334 peratus kepada lebih dari 240,000 unit pada tahun 2023, dengan jangkauannya merangkumi lebih dari 70 buah negara dan wilayah di enam benua. Xinhua