Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    BYD labur projek monorel di timur China

    JINAN, 30 April – Pembuat kenderaan tenaga baru China BYD akan menubuhkan pangkalan pengeluaran kereta api monorel dan melancarkan laluan monorel pelancongan di Wilayah Timur China Shandong.

    Menurut perjanjian baru-baru ini yang ditandatangani antara BYD dan kerajaan bandar Jining, kereta api awan 35 km panjang itu menghubungkan Qufu, kota kelahiran Confucius dengan Zoucheng, tempat kelahiran Mencius. Jumlah pelaburan bagi fasa pertama adalah 8 bilion yuan (1.16 bilion dolar AS). Kereta api, atau dipanggil Yungui, akan siap pada September tahun depan.

    Kereta api monorel itu memiliki kelajuan maksimum 80 km sejam. Berbanding dengan kereta api bawah tanah, kos monorel lebih jimat.

    Monorel Qufu-Zoucheng dibangunkan adalah bertujuan bagi memudahkan pada pelancong dan penduduk bagi perjalanan di antara kedua-dua bandar, kata Feng Jialei, ketua Biro Promosi Pelaburan Jining. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda