Saturday, June 29, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    BYD lancar EV ketiga di Jepun

    TOKYO, 25 JUN – Pengeluar kereta China, BYD hari ini telah melancarkan kenderaan elektrik (EV) ketiganya, SEAL di Jepun, sebagai langkah strategik ketika syarikat itu berusaha menembusi pasaran sedan negara tersebut.

    Menurut BYD Auto Japan Inc. pada satu sidang media di Tokyo, SEAL ditawarkan dalam dua versi, masing-masing dengan kapasiti bateri 82.56 kWh.

    Penghantaran model asas dijangka bermula pada akhir Julai, manakala penghantaran versi AWD dijadualkan pada akhir Ogos.

    Sedan baharu itu menekankan aspek keselamatan, prestasi sporty dan keselesaan, serta dilengkapi dengan bateri blade BYD yang terkenal dengan jarak pemanduan yang jauh, ketumpatan tenaga tinggi dan jangka hayat yang lebih lama.

    Dipasarkan sebagai ‘e-sport sedan,’ SEAL untuk pasaran Jepun mencerminkan matlamat BYD dalam menguasai pasaran sedan tempatan, kata Presiden BYD Auto Japan, Atsuki Tofukuji. – Xinhua

    Sedan E-sport BYD SEAL dipamerkan semasa acara Pameran Mobiliti Jepun di Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...

    Xi bertemu PM Vietnam