Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BYD Malaysia lancar EV baharu

    KUALA LUMPUR, 22 FEB –BYD Malaysia Sdn Bhd hari ini melancarkan kenderaan sedan elektrik terbaharunya (EV), BYD Seal, yang ditawarkan pada harga RM179,000 bagi varian premium dan RM199,800 bagi varian prestasi.

    BYD Seal, yang dilancarkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, merupakan model pertama yang dilengkapi dengan teknologi inovatif CTB (sel pada badan) yang menyepadukan bateri bilah ke dalam struktur kenderaan, memastikan kestabilan dan keselamatan dalam pelbagai keadaan.

    Sementara itu Tengku Zafrul dalam ucapannya menggesa syarikat kenderaan elektrik multinasional yang mempunyai pelaburan di Malaysia untuk memanfaatkan tawaran dan insentif menarik yang ditawarkan kerajaan bagi mengembangkan pelaburan mereka di sini.

    Beliau berkata, pengeluar kereta EV global dialu-alukan untuk menimbang menjadikan Malaysia sebagai hab serantau mereka bagi mendapatkan akses ke pasaran EV Asean yang sedang berkembang pesat. – Bernama

    Sime Darby Motors dan BYD melancarkan BYD SEAL pada 22 Februari, model sedan elektrik sepenuhnya serba baharu dengan teknologi terkini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda