LANCASTER, Amerika Syarikat – “Saya berfikir bahawa satu-satunya masalah yang kami hadapi adalah saya tidak tahu jika kami memiliki orang yang mencukupi bagi semua pekerjaan yang dilaksanakan,” Ketua Majoriti Rumah AS, Kevin McCarthy, berkata baru-baru ini dalam satu majlis meraikan pembukaan dan peluasan kilang automobil China, BYD, di bandar raya Lancaster, di selatan California.
BYD – pengeluar kenderaan elektrik terbesar di dunia – secara literalnya bermaksud ‘Membina Impian Anda’. Ia baru-baru ini memperkenalkan kilang pembuatan bas bateri elektrik yang terbesar di Amerika Utara.
Pembukaan besar-besaran ini menarik hampir belasan pegawai dan wakil kerajaan AS, kesemuanya memuji kepentingan pelaburan China yang mewujudkan lebih banyak pekerjaan.
Peluasan ini merupakan tambahan sayap baru kepada bas BYD, menjadikan jumlah keluasan kilang itu pada hampir 42,000 meter persegi (450,000 kaki persegi), empat kali ganda saiz dari saiz keluasan awal pada tahun 2013, menurut syarikat itu.
Perkembangan bas-bas BYD ini mencerminkan peralihan yang pesat ke arah pengangkutan elektrik dan ini akan membolehkan BYD membina sehingga 1,500 bas bateri-elektrik setiap tahun.


“Peluasan kilang bas BYD ini merupakan satu fakta yang telah saya nyatakan selama bertahun-tahun: dasar-dasar mengenai perubahan iklim dan membangun ekonomi yang kukuh,” kata Presiden Senat California, Kevin de Leon.
Sepanjang beberapa tahun yang lalu, masyarakat di California Selatan telah melihat banyak pekerjaan-pekerjaan pembuatan beralih arah, apabila syarikat-syarikat Amerika telah memindahkan barisan pengeluaran mereka ke China dan negara-negara membangun lain.
Walau bagaimanapun, sejak BYD telah menubuhkan pembuatan bas elektrik di AS, di Los Angeles, syarikat itu telah mencipta hampir 800 pekerjaan sepenuh masa di seluruh negeri. Dan peluasan kilang pembuatan ini akan membolehkan BYD untuk mengambil pekerja sehingga 1,200 orang sepenuh masa dalam kapasiti pengeluaran yang lebih baik.
“BYD adalah sebuah syarikat yang telah membawa kembali pekerjaan dan gaji yang baik ke California sementara syarikat-syarikat lain memilih untuk mengeksport pekerjaan-pekerjaan itu ke negeri atau negara lain,” kata seorang ahli Kongres AS, Steve Knight.
“Kami memerlukan lebih banyak syarikat-syarikat seperti BYD di California yang melatih dan membina tenaga kerja individu yang mahir yang mana memberikan pekerjaan pembuatan di masa depan. Kami bernasib baik untuk memiliki mereka dalam komuniti kami!.”
Lancaster, sebuah komuniti lebih daripada 156,000 penduduk sejak tahun 2013, mempunyai lebih daripada 350 hari cahaya matahari setiap tahun, menjadikannya tempat yang ideal untuk perintis teknologi tenaga suria baru.
Kilang pembuatan BYD ini dikuasakan oleh 100 peratus tenaga boleh dibaharui, yang disediakan oleh Syarikat Tenaga Kota Lancaster, Lancaster Choice Energy.
“Ia baik untuk ekonomi dan alam sekitar. Ia sangat baik melihat rakan kongsi Lancester mempunyai tenaga lestari yang menyediakan pengangkutan hijau yang lebih baik, yang akan memberi manfaat kepada kualiti udara kita, sambil mewujudkan pekerjaan tempatan,” kata Kongres Nanette Diaz Barragan.
BYD telah menghantar 137 bas elektriknya di AS dan Kanada, termasuk lebih daripada 75 buah bas pada tahun ini, dan kini menghasilkan 300 bas tambahan berdasarkan tempahan pelanggan semasa, dengan pilihan untuk lebih daripada 300 pembelian bas elektrik tambahan. Menjelang akhir tahun 2017, ia akan menghantar 70 trak elektriknya kepada 15 pelanggan di Amerika Utara, dengan tempahan lebih daripada 140 trak sehingga kini, menurut syarikat itu.


Mengulas mengenai teknologi sedia ada yang datang ke California dan mengeksport produk-produk di negeri ini, Kevin de Leon berkata, “Kami tidak mempunyai pengeksportan. Sebaliknya kami mempunyai pekerjaan ini yang dihasilkan di California. Ini apa yang dilakukan oleh BYD.
“Inilah yang dimaksudkan dengan impian California dan janji Amerika,” kata pemimpin Senat California.
“BYD benar-benar menyelamatkan nyawa saya … Sekarang saya mempunyai bumbung untuk keluarga saya, saya mempunyai makanan untuk keluarga saya. Dan masa depan pasti penuh dengan harapan,” kata Guillermo Garcia, yang telah bekerja di kilang pembuatan BYD di Lancaster sejak tahun 2013, memberitahu Xinhua, “Kami bermula di sini dengan tujuh pekerja, dan saya adalah salah seorang daripada mereka. Berbanding empat tahun lalu, ia adalah satu perubahan yang sangat besar.”
Syarikat-syarikat China melabur pada rekod AS$46 bilion di Amerika Syarikat pada tahun 2016, tiga kali ganda daripada apa yang dilihat pada tahun 2015 dan peningkatan 10 kali ganda berbanding hanya lima tahun yang lalu, menurut satu laporan yang dikeluarkan bersama oleh Kumpulan Rhodium dan Jawatankuasa Perhubungan Kebangsaan Amerika Syarikat (NCUSCR).
“Saya fikir ia adalah satu perkongsian dan pelaburan yang hebat di Amerika. Semakin kuatnya China dan Amerika, semakin kuatlah dunia,” kata McCarthy kepada Xinhua.
Ketika bercakap mengenai strategi global BYD, Wang Chuanfu, pengasas dan Pengerusi BYD, memberitahu Xinhua dalam temu ramah eksklusif bahawa syarikat itu menyasarkan untuk menangani pencemaran dan kesesakan lalu lintas.
“Saya fikir kenderaan elektrik adalah satu penyelesaian yang baik untuk mengubati pencemaran bandar,” katanya, “Ini hanya permulaan.”– Xinhua