BEIJING, 3 OGOS – Pengasas ByteDance yang memiliki syarikat media sosial TikTok berkata hari ini pasukannya akan bekerja keras ‘bagi hasil terbaik’ ketika rundingan penjualannya bagi operasinya di AS kepada Microsoft berlangsung, lapor media China.
TikTok yang popular di AS dan meluasnya digunakan kalangan belia yang mencipta, berkongsi dan menonton video pendek dalam platform itu – menjadi sasaran terkini dalam perang perdagangan antara Beijing dan Washington. Kerajaan AS berkata syarikat milik China itu adalah ancaman keselamatan negara – pertuduhan yang dinafikan TikTok. “Pada persekitaran semasa, kami berdepan kemungkinan sebenar bagi penjualan paksa perniagaan TikTok AS…atau arahan eksekutif menegah aplikasi itu,” kata pengasas ByteDance, Zhang Yiming dalam mesej kepada semua kakitangan syarikat, lapor saluran berita teknologi Pandaily.
“Sementara kita berdepan kerumitan dalam landskap geopolitik dan tekanan luaran signifikan, pasukan respons kami telah berusaha keras bagi memastikan hasil yang terbaik mungkin,” ujarnya. – AFP