Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    CAAT benar 11 kategori pelancong ke Thailand

    BANGKOK, 30 JUN – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) melanjutkan lagi larangan sementara untuk penerbangan antarabangsa, bagaimanapun, penerbangan yang membawa 11 kategori pelancong asing dibenarkan masuk ke negara ini, bermula esok.

    Ketua Pengarah CAAT Chula Sukmanop berkata larangan itu tidak tertakluk kepada pesawat negara atau tentera, pendaratan kecemasan, pendaratan teknikal tanpa menurunkan penumpang, penerbangan kemanusiaan, perubatan atau bantuan, penerbangan membawa pulang warganegara dan penerbangan kargo.

    “Disebabkan keadaan COVID-19 di banyak negara asing buat masa ini masih serius, perlu untuk mengambil langkah mengehadkan perjalanan masuk ke Thailand, sesuai dengan kemampuan mengendalikan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan ia dapat dilakukan dengan efisien,” katanya dalam satu kenyataan.

    Chula berkata, permit untuk pesawat penumpang akan dikeluarkan CAAT jika penumpang berada dalam pesawat terdiri warga Thailand, tetamu kerajaan, pasangan dan anak-anak rakyat Thailand dan penduduk tetap. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda