Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cabaran abang bantu adik pulih ketagih dadah

    Kepada sidang pengarang, untuk sekadar meluahkan jiwaku yang inda tenteram baru-baru ani. Buat perkongsian dan peringatan bersama jua.

    Ini hanyalah sekadar curhat penulis mengenai satu masalah serius – penyalahgunaan dadah dalam keluarga sendiri.

    Saya lihat keadaan adik saya dalam dua minggu kebelakangan ani sudah terjerumus dalam benda yang kurang sihat ani.

    Sememangnya kitani semua pun sudah maklum bahawa dadah adalah haram dan boleh merosakkan kehidupan.

    Perkara ini cukup membimbangkan saya sebab adik saya sendiri sudah semakin renggang daripada keluarga.

    Gambar Freepik

    Dia sudah tidak peduli dengan tanggungjawabnya dan selalu mencari sensasi dengan dadah tersebut.

    Saya berasa sedih dan tertekan sebab keluarga memang penting dalam hidup saya.

    Natijahnya, saya mohon pendapat sidang pengarang, kalau ada cara-cara yang boleh saya gunakan untuk membantu adik saya keluar dari lingkungan yang tidak sihat itu.

    Saya hanya cuba untuk berkomunikasi dengannya dan menasihatinya supaya sedar bahawa dadah tidak akan membawa kebaikan dalam hidup dan masa depannya.

    Merqeen HM

    NASIHAT DANG MP

    Terima kasih atas perkongsian tersebut, bagi pandangan saya sendiri dengan melihat situasi yang dihadapi oleh Merqeen HM, saya cuma dapat menukilkan beberapa nasihat bagi mengatasi masalah penyalahgunaan dadah dalam keluarga tersebut, antaranya:

    1. Jangan putus asa untuk menasihati: Sekiranya kita benar-benar menyayangi ahli keluarga kita, jangan kita pernah putus untuk memberikan nasihat. Selain itu, sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa agar ahli keluarga kita yang terjebak dengan najis dadah diberikan jalan keluar dan diberikan kesempatan untuk bertaubat.

    2. Khidmat profesional: Sebaiknya dapatkanlah khidmat bantuan daripada tenaga profesional seperti pakar terapi atau kaunselor yang memiliki pengalaman dalam hal pemulihan dadah sepertimana yang terdapat di negara ini.

    3. Komunikasi dan motivasi: Jalin komunikasi yang terbuka dan empati dengan situasi adik awda, berikan dukungan dan pemedulian awda terhadap perjuangannya untuk berhenti dalam kegiatan tidak sihat tersebut.

    4. Penglibatan lingkungan terdekat: Libatkan juga pihak keluarga dan rakan-rakan terdekat awda sepanjang proses pemulihan tersebut. Insya Allah mereka akan dapat memberikan dokongan dan motivasi yang penting. Kita juga jangan sesekali menyisihkan mereka yang pernah terjebak dengan dadah.

    5. Tingkat kesedaran: Sebar pengetahuan mengenai bahaya dadah dan kesan negatifnya, serta dorong adik awda untuk mengembangkan kegiatan positif yang dapat menggantikan kegiatan negatif tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda