Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Cabaran hidup menumpang di rumah mentua

    Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya ingin bercerita mengenai pengalaman saya sebagai seorang suami yang agak mencabar jiwa dan raga. Saya sudah tiga tahun berkahwin dengan isteri dan mempunyai seorang anak. Tapi, di sebalik semua kegembiraan ini, ada satu perkara yang selalu buat diriku rasa kecewa.

    Sejak kami berkahwin, saya dan isteri tinggal dengan mentua. Pada mulanya, saya menyangka ini sementara saja, sehingga kami dapat beli rumah sendiri. Tapi, ekonomi sekarang ni tidak menentu, dan tanggungjawab kewangan semakin bertambah menjadikan impian nak ada rumah sendiri makin jauh.

    Sebagai menantu, saya cuba buat yang terbaik. Saya tolong apa yang boleh, dari kerja rumah sampai ke urusan harian. Tapi, kadang-kadang rasa macam usaha yang saya lakukan ini tak dihargai. Mentua, terutama bapa mentua, selalu menyindir kami kerana masih menumpang di rumahnya.

    “Kamu ni bila lagi nak ada rumah sendiri? Asyik menumpang saja,” pernah dia cakap dengan nada sinis.

    Kata-katanya inilah yang membuat hati ku rasa pedih. Sebagai lelaki, aku rasa tercabar dan malu sebab tidak mampu sediakan rumah sendiri untuk keluarga kecil ku. Saya tahu tanggungjawab saya sebagai seorang suami dan ayah, tapi keadaan sekarang buat diriku rasa terikat dan tidak berdaya.

    Gambar Freepik

    Saya kerja keras setiap hari, cari rezeki untuk keluarga. Tapi, kos hidup semakin meningkat dan keperluan harian yang banyak punca simpanan untuk beli rumah makin susah hendak dicapai.

    Saya selalu berdoa dan berharap agar rezeki kami dipermudahkan satu hari nanti.

    Isteri saya jadi sumber kekuatan dan sokongan yang tak ternilai. Dia selalu faham keadaan kami dan tak pernah mengeluh. Tapi, aku tahu jauh di sudut hatinya, dia pun mengimpikan rumah sendiri yang boleh kami panggil ‘rumah kita’.

    Saya menulis ini pun bukan hendak cari simpati atau perhatian. Saya cuma nak luahkan apa yang terbuku di hati dan harap ada yang pernah lalui situasi yang sama. Mungkin ada nasihat atau panduan yang boleh dikongsi untuk bantu kami keluar dari masalah ni.

    Saya sedar perjalanan hidup ni penuh dengan ujian dan cabaran. Saya akan terus berusaha dan berdoa agar satu hari nanti, kami sekeluarga dapat memiliki rumah sendiri.

    Tempat yang bukan sahaja beri perlindungan, tapi juga jadi simbol kejayaan dan ketabahan kami hadapi liku-liku kehidupan.

    Terima kasih sebab sudi baca dan dengar luahan hati ku. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk hadapi setiap ujian dengan sabar dan tabah.

    Aidil

    NASIHAT DANG MP

    Pertama sekali Dang MP ingin ucapkan terima kasih kepada saudara Aidil kerana sudi berkongsi kisahnya.

    Diharapkan awda sentiasalah bersabar dengan kerenah dan sindirian bapa mentua. Awda harus bijak mengawal perasaan ketika ini. Jangan terlampau ikutkan perasaan kecil hati daripada kata-katanya.

    Dalam masa yang sama, awda boleh cuba mencari jalan untuk mengambil hati mentua. Contohnya membelikan hadiah khas atau makanan kegemarannya. Boleh jua minta nasihat dari isteri tentang perkara ini.

    Dalam masa yang sama, teruskanlah bersikap sopan, sentiasa tersenyum dan berbicara dengan baik dengannya. Anggaplah beliau seperti bapa sendiri.

    Semoga dengan cara ini, lama kelamaan, bapa mentua turut berubah sikap melayan awda sekeluarga dengan baik. Dia juga pasti merasa kenapa dia perlu bersikap sedemikian terhadap awda yang sentiasa bersikap baik dengannya.

    Sementara itu, saudara Aidil harus ingat bahawa isteri awda yang sentiasa ada di sisi sentiasa menyokong awda. Ini adalah sangat penting bagi keluarga Aidil.

    Seperti mana yang saudara Aidil kongsikan, Dang MP berharap impian awda sekeluarga memiliki rumah sendiri tercapai suatu hari nanti. Teruskanlah berusaha.

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    ADB lulus pinjaman AS$330 juta naik taraf grid tenaga Pakistan

    ISLAMABAD, 21 NOV - Pakistan akan menerima pinjaman berjumlah...

    Teroka peluang kerjasama dalam bidang onkologi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV - Pusat Kanser Brunei...

    Mahkamah umum tarikh sebutan semula kes mekanik bunuh kanak-kanak

    KUCHING, 21 NOV - Mahkamah Majistret hari ini menetapkan...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...