Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cabaran hidup wanita bernama Suri

    Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

    Mula disiarkan pada 30 Oktober lalu, drama baharu dari Malaysia, Suri Katriana menampilkan bintang terkenal Malaysia iaitu Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Nadiya Nisaa, Hasnul Rahmat, Zul Huzaimy, Nazim Othman dan ramai lagi.

    Suri Katriana disiarkan di Astro Prima dan diarahkan oleh Pali Yahya serta disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pada pukul 6 petang.

    Drama ini diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd dan mempunyai sekitar 49 episod dengan menampilkan pelbagai kisah dan konflik keluarga serta percintaan.

    Drama ini turut menampilkan lagu tema khas yang dinyanyikan sendiri oleh Ernie Zakri yang bertajuk Sinar Mata Hati. Drama ini juga boleh ditonton dalam saluran Astro Prima HD saluran 121.

    Plot ringkas

    Mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri (lakonan Ernie Zakri), yang begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan.

    Suri Katriana diarahkan oleh Pali Yahya mengisahkan mengenai cabaran hidup dialami gadis yang minat seni tarian namun terpaksa melupakannya kerana kekangan kewangan.

    Selepas dari kematian ibu bapanya, keadaan semakin mendesak sehingga Suri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tuan Syed Sadiq (lakonan Hasnul Rahmat), bekas majikan arwah ibunya yang selama ini banyak membantu kehidupan mereka.

    Suri turut digilai oleh rakan sekampungnya iaitu Faizal (lakonan Zul Huzaimy).

    Kematian ibu Suri ada kena mengena dengan Farid. Selepas berkahwin, Suri berpindah dan kehidupannya cukup lain dari sebelum ini. Beliau kembali sebagai Kat (lakonan Umi Nazeera), yang ingin menuntut bela di atas apa yang berlaku kepada dirinya dan ibunya.

    Rahsia kematian ibunya serta rahsia perubahan pada dirinya akhirnya terbongkar dan pada ketika itu kehidupan Suri terus dibelenggu dengan dugaan.

    Apakah yang membuat gadis suci seperti Suri sanggup merubah wajah untuk membalas dendam? Apakah dugaan yang bakal dihadapinya itu?

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda