Saturday, December 7, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cabaran laut Labuan kembali selepas dua tahun

    LABUAN, 30 JUN – Selepas terhenti selama dua tahun ekoran pandemik COVID-19, Labuan sekali lagi menganjurkan acara sukan laut terkenal, Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) ke-24, selama tiga hari bermula esok.

    Pertandingan memancing laut dalam akan membuka tirai cabaran bermula esok di jeti Marina Awam Labuan diikuti Cabaran Pecut Kayak 2022 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, Sabtu ini, manakala hari terakhir cabaran Ahad ini menyaksikan acara Cabaran Kayak Pulau Papan, bola tampar pantai, pameran menangkap ikan serta acara tarik tali di kompleks berkenaan.

    Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail, berkata skala cabaran tahun ini dikurangkan dengan ketara tetapi masih memberi impak sosioekonomi  di pulau bebas cukai itu.

    “Acara ini dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung termasuk ahli keluarga peserta ke pulau itu. Ia juga akan membantu perniagaan tempatan sepanjang acara tiga hari itu,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda