YANJI, China – Pada hujung jalan bangunan tinggi yang baru dibina di bandar utara China di kepulauan Yanji terdapat permukaan curam yang terdedah dan di situlah tempat ahli paleontologi mengikis batu besar berusia 100 juta tahun untuk mencari rangka-rangka prasejarah.
Seperti kebanyakan tapak-tapak penggalian fosil di China, tapak ini ditemukan secara tidak sengaja, di mana bandar yang pesat membangun di China ini telah mengeluarkan banyak fosil dinosaur.
Menurut Program Pembangunan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), skala dan kepesatan perbandaran China tidak pernah berlaku sebelum ini ketika jentolak menggali tapak-tapak prasejarah di kebanyakan negara.
Mungkin tiada individu yang cuba merebut peluang saintifik sebanyak yang telah direbut oleh Xu Xing, seorang ketua yang rendah hati dan tekun serta menonjol dalam bidang paleontologi di China.
Penyelidik ini telah menamakan lebih banyak spesis dinosaur berbanding ahli paleontologi lain yang masih hidup, yang berebut-rebut untuk melakukan kerja penyelidikan di antara tapak-tapak penggalian untuk mengutip spesimen dan melanjutkan fahaman ahli sains mengenai bagaimana burung-burung berevolusi daripada dinosaur.








Matthew Lamanna, Kurator di Muzium Sejarah Asli Carnegie di Pittsburgh, berkata, “Xu secara meluas dianggap sebagai salah seorang penyelidik penting dalam bidang paleontologi dinosaur yang bekerja di China pada masa ini.
“Kredibiliti dan mutu kerja yang dilakukan oleh Xu Xing memang sangat mengagumkan,” jelas Kristina Curry Rogers, seorang ahli paleontologi di Kolej Macalester di St Paul, Minnesota, menulis dalam kiriman e-mel.
Dua tahun lalu, rakan sekerja Xu di Akademi Sains China di Beijing, Jin Changzhu melawat keluarga di Yanji apabila dia mendengar mengenai desas-desus fosil yang telah digali keluar dari sebuah tapak pembinaan.
Pemeriksaan awal memperlihatkan mengenai sesuatu yang kelihatan seperti tulang bahu seekor dinosaur.
Pemanduan dalam waktu kurang dari tempoh satu jam dari sempadan Korea Utara, bandar bersaiz sederhana ini telah membangunkan blok-blok kediaman dengan pesatnya.
Dilihat dari pesawat kapal terbang, Yanji kelihatan seperti Legoland dengan susunan bangunan berbumbung warna merah jambu dan biru, namun terdapat sebuah lot panjang lereng bukit berbatu yang kosong iaitu tapak penggalian.
Apabila Xu tiba di Yanji, dia mengakui tapak itu boleh mengisi kekosongan dalam rekod fosil, dengan memperhatikan kekurangan tulang yang ditemui dari tempoh akhir zaman batu kapur, iaitu kira-kira 100 juta tahun lalu.
Satu analisis ke atas lapisan abu gunung berapi turut mendedahkan mengenai usia tapak itu.
Xu kini mengawasi sebuah pasukan ahli sains yang menggunakan beliung, pahat dan jarum besi untuk mengkaji lereng bukit yang terdedah itu, yang mana lapisan-lapisan geologi menyerupai seperti lapisan merah dan kelabu.
Rangka tiga ekor buaya purba dan seekor dinosaur besar pemakan tumbuhan dari kelompok sauropod, yang termasuklah beberapa ekor haiwan darat terbesar di dunia turut berjaya ditemukan di tapak tersebut.
“Ini adalah ciri utama kajian paleontologi di China, di mana kebanyakan pembinaan benar-benar membantu para ahli sains untuk menemui fosil-fosil baharu,” ujar Xu ketika dia menggunakan jarum untuk membuang serpihan-serpihan dari tengkorak buaya yang sebahagiannya terdedah.
Dilahirkan pada tahun 1969 di rantau barat Xinjiang, China, Xu tidak memilih untuk mengkaji dinosaur. Seperti kebanyakan pelajar-pelajar universiti di eranya, dia diberikan mata pelajaran utama.
Minat mendalamnya pada lapangan ini terbit di sekolah siswazah dalam tahun 1990an, apabila bulu dinosaur dijumpai di dasar tasik yang mengundang tumpuan sejagat.
Apabila Xu dan Jin menemukan fosil di Yanji pada tahun 2016, pihak berkuasa bandar itu menghentikan pembinaan ke atas bangunan tinggi bersebelahan untuk mematuhi undang-undang kebangsaan.
“Pihak pemaju benar-benar tidak berpuas hati dengan saya,” kata Xu, tetapi kerajaan setempat sejak itu menerima dakwaan penemuan baharunya yang telah menjadi popular.
Bandar itu kini memudahkan kerja Xu, malah sebuah stesen polis di tapak penyelidikan itu turut didirikan untuk mengawal fosil daripada dicuri.
Sebaik sahaja kerja penggalian selesai, muzium turut dirancang, untuk mempamerkan fosil-fosil yang ditemui dan juga gambar-gambar yang memperlihatkan pasukan Xu yang sedang bekerja.
Ia bukanlah muzium pertama untuk memperingati Xu, di mana kerja lapangannya begitu banyak telah membawanya ke seluruh China dan artikel-artikel dalam jurnal-jurnal terkenal saintifik.
Toru Sekiyu, ahli paleontologi dari Muzium Dinosaur Wilayah Fukui di Jepun yang membantu penggalian di Yanji, menyifatkan rakan sekerjanya dari China itu sebagai ahli paleontologi tumpuan.
Namun Xu dengan pantas menekankan nasib yang baik berperanan dalam kariernya.
“Untuk menerbitkan akhbar dan menemui spesis baharu, memerlukan data baharu dan memerlukan fosil baharu,” ujarnya, dengan menambah kata menjumpai spesis baharu bukanlah sesuatu yang boleh dirancang oleh seseorang ahli sains itu.
“Pengalaman saya mengingatkan bahawa nasib memang perlu difikirkan selain daripada berusaha keras. Kemudian bolehlah meraih beberapa penemuan penting.”
Dengan penggalian di Inner Mongolia, Liaonig, Yunnan dan wilayah-wilayah lain di China, Xu dengan sabar menyelia kerja penggalian, kadang kala memahat bertahun-tahun lamanya sebelum dia mengetahui akan kepentingan utamanya.
Walaupun penemuannya adalah meluas, namun kebanyakan tempoh dalam kariernya telah ditumpukan pada memahami bagaimana dinosaur berkembang menjadi burung-burung moden.
China adalah lokasi paling sesuai bagi kajian itu. Dua dekad lalu, fosil luar biasa dinosaur yang mengekalkan kesan-kesan bulu ditemui di dasar tasik purba di timur laut China.
Penemuan ini telah membantu para ahli sains memperlihatkan bahawa keturunan burung adalah dari dinosaur, dapat dilakukan kerana campuran abu gunung berapi dan partikel halus dalam dasar tasik telah memelihara sedikit tisu lembut, termasuklah bulu, tidak seperti fosil dinosur, yang hanya mengandungi tulang.
Sejak itu, begitu banyak tulang dinosur baharu yang digali di China sekali gus membantu para ahli sains menulis semula pemahaman mereka tentang salasilah dalam pelbagai cara.
Xu telah mengetuai penyelidikan untuk mengetahui cara evolusi bulu dan keupayaan dinosaur untuk terbang dalam tahun 2000, dia menggambarkan dinosaur bersaiz burung merpati yang aneh dengan empat kaki berbulu, dengan sayap muncul awal yang membolehkan haiwan itu terbang atau meluncur.
Dalam tahun 2012, dia membutirkan tentang tyrannosaur karnivor yang juga mempunyai bulu, sekali gus membangkitkan persoalan tentang keaslian sebenar bulu-bulu itu.
Xu kini percaya bulu dinosaur yang muncul awal mungkin berperanan dalam penebat dan dalam pengawanan, malah sebelum evolusi bulu terbang berlaku.
Dia adalah pengarang bersama dalam akhbar 2010 yang meneliti melanosom yang menjadi fosil iaitu pigmen yang menyerlahkan warna dalam bulu burung moden untuk menyimpulkan kemungkinan warna-warna bulu dinosaur.
Sesetengah spesis berkemungkinan menayangkan lingkaran bulu ekor berwarna putih dan coklat, sementara yang lain memiliki bulu merah di kepala mereka.
Dalam penggunaan teknologi baharu, pasukannya juga menggunakan pengimbas CT untuk mengkaji bahagian dalam fosil dan membina simulasi komputer 3D untuk membuat kesimpulan tentang apakah jarak pergerakan yang mungkin dimiliki oleh seekor dinosaur.
Salah satu fosil yang sedang diteliti oleh Xu pada masa ini, ditemui di tapak binaan di Wilayah Jiangxi, yang akan menjelaskan tentang bagaimana evolusi sistem reproduktif burung-burung moden dari dinosaur, ujarnya.
Selain daripada sanjungan profesional, kerja Xu telah menarik minat murid-murid sekolah di pelbagai negara yang menghantar melalui pos nota bertulisan tangan dan lukisan krayon tentang dinosaur, yang ada di antaranya turut digantung di pejabatnya di Beijing.
Xu menjawab setiap surat, e-mel dan pesanan ringkas yang mengajukan soalan tentang dinosaur.
“Saya merasakan ia adalah sesuatu yang pelik dan tidak sopan untuk tidak membalasnya,” ujarnya.
Namun di era media sosial, Xu tidak mendaftar bagi WeChat, platform mesej dominan di China kerana “Saya berpendapat saya tidak ada masa untuk semua mesej-mesej itu.”
Di tapak Yanji, seorang rakan sekerja membawa seketul batu besar yang terdedah ruas tulang belakang sauropod untuk diteliti oleh Xu.
Tulang itu mempunyai tekstur lembut yang menurut Xu adalah disebabkan oleh sistem pernafasan haiwan itu. Seperti burung-burung moden, dia percaya sauropod bernafas menggunakan kedua-dua paru-parunya dan mengalirkan udara, yang boleh meninggalkan kesan dalam tulang.
Xu menggunakan berus untuk membuang kotoran untuk meneliti fosil itu dengan lebih dekat lagi.
“Pada dasarnya kami membina semula salasilah evolusi. Jika banyak lagi spesis untuk dikaji, maka lebih banyak lagi cabang salasiah dan maklumat tentang sejarah kehidupan di bumi yang diperolehi” ujarnya. – AP