Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Cabaran OKU cacat penglihatan

    Penulis ingin menyentuh isu berkaitan dengan pencarian pekerjaan yang terbatas dan elaun bagi individu berkeperluan khas, khususnya golongan orang kelainan upaya (OKU) dengan cacat penglihatan.

    Baru-baru ini penulis ada menghadiri iklan pekerjaan khas OKU di pusat membeli-belah. Namun, alangkah terkejutnya penulis ketika hendak mendaftar pekerjaan, salah seorang daripada pekerja berkenaan memberitahu mereka tidak mengutamakan OKU cacat penglihatan.

    Sebagai contoh di Malaysia, mereka ada menyediakan pelbagai kursus dan pekerjaan seperti operator, tukang urut dan lain-lain lagi untuk OKU penglihatan.

    Tetapi di negara kita, pekerjaan untuk golongan ini terbatas. Kita sepatutnya boleh meniru cara negara jiran untuk menangani isu pekerjaan OKU cacat penglihatan kerana sampai bila golongan ini tidak akan diberi peluang?

    Umum diketahui, OKU juga diberikan elaun $250 tetapi itu tidak mencukupi kerana setiap OKU juga ada tanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarga. Tetapi tidak semua OKU mendapat elaun penjagaan, khasnya untuk OKU cacat penglihatan. OKU cacat penglihatan sekiranya hendak berjalan ke satu tempat, mesti ada orang yang membawanya dan guide OKU tersebut.

    Persatuan untuk OKU di Brunei sepatutnya memainkan peranan untuk mendengar pendapat OKU cacat penglihatan tapi penulis tidak nampak fungsi persatuan tersebut.

    Sekiranya pihak tertentu belum dapat menyediakan kursus khas untuk OKU cacat penglihatan di Brunei, penulis mencadangkan agar pihak tertentu dapat menghantarkan beberapa wakil OKU cacat penglihatan ke Malaysia untuk belajar kursus dan selepas itu mereka boleh mengajar semula apa yang mereka pelajari dari Malaysia.

    Penulis tidak meletakkan kesalahan kepada pihak tertentu tetapi penulis hanya ingin menyedarkan orang ramai bahawa di sekeliling kita ada insan lain yang mesti diutamakan dan faham keadaan OKU cacat penglihatan.

    Shivie99

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...