Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Cabaran pelaburan BIBDS perkasa literasi kewangan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Dengan matlamat untuk memperkasakan literasi kewangan khususnya dalam bidang pelaburan di negara ini yang membabitkan golongan belia, BIBD Securities Sdn Bhd (BIBDS) akan mengadakan cabaran pelaburan selama enam bulan bermula 15 Jun ini di mana sesi taklimat mengenainya telah berlangsung baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menerusi anak syarikat di bawahnya, BIBDS akan menyediakan suasana persekitaran cabaran yang kompetitif lagi menyeronokkan untuk para peserta di mana mereka akan berpeluang menimba pengetahuan dan pengalaman tentang disiplin pelaburan yang sebenar.

    Dalam pada itu, sebanyak 10 pasukan terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi institusi pengajian tinggi dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (IGS), dan Kolej Perdagangan Laksamana (LCB) dijangka akan menyahut cabaran tersebut iaitu setiap pasukan akan diwakili oleh dua atau tiga orang peserta.

    Ketua Pembangunan Perniagaan dan Strategi BIBDS, Pengiran Ashrin bin Pengiran Mohd Zaidi dipetik sebagai berkata, pendidikan dalam pelaburan khususnya dalam kalangan belia negara merupakan salah satu keutamaan bagi syarikat sebagai salah satu usaha mewujudkan sekali gus meningkatkan kesedaran budaya melabur secara bermaklumat dan patuh syariah.

    “Cabaran pelaburan yang buat pertama kali ini adalah salah satu daripada pelbagai usaha kami dalam menyokong wawasan negara bagi membangunkan industri pasaran modal
    Islam serta sebahagian daripada komitmen Kumpulan BIBD demi menyokong Matlamat Pembangunan Mapan PBB (UNSDGs) dengan melibatkan masyarakat dan untuk memiliki sistem kewangan yang lebih bernilai dan mampan,” tambahnya.

    Taklimat cabaran pelaburan yang diadakan baru-baru ini. – Gambar serahan BIBDS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...