Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Cabaran pembelajaran online

    Oleh Salawati Haji Yahya

    Ketika Negara Brunei Darussalam secara rasmi memulakan Fasa Awal Endemik pada 15 Disember lalu, lebih banyak kelonggaran dilaksanakan dari segi status vaksinasi, had kapasiti, aktiviti rentas sempadan dan sesi persekolahan.

    Menyentuh mengenai sesi persekolahan, pembelajaran secara bersemuka telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat namun sebilangan pelajar ada yang belum dapat kembali ke sekolah dan terpaksa meneruskan pembelajaran secara dalam talian seperti biasa.

    Dalam memastikan pembelajaran dalam talian berjalan dengan lancar, sebi- langan ibu bapa melahirkan rasa kecewa terhadap perkhidmatan Internet yang kurang memuaskan semasa sesi pembelajaran dalam talian. Sehubungan itu, penulis berpeluang menemu bual beberapa orang ibu bapa dan pelajar mengenai permasalahan yang dihadapi, yang mana rata-rata mengongsikan masalah yang sama. Menurut seorang suri rumah, Hajah Normah binti Haji Saini, 43, yang menetap di Kampung Sungai Tilong, merasa kecewa dengan perkhidmatan Internet sejak akhir-akhir ini dan merasa bimbang terhadap pembelajaran dalam talian anak-anak.

    “Perkhidmatan Internet yang kurang memuaskan ini akan menyukarkan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian dengan baik dan ia turut memberi impak yang kurang baik terhadap pembelajaran anak-anak.

    “Walaupun ada guru-guru yang membuat rakaman apa yang hendak disampaikan untuk membolehkan pelajar merujuk semula tapi adalah lebih baik bagi pelajar hadir semasa pembelajaran dalam talian dibuat, yang mana ini untuk membolehkan mereka bertanya masalah yang dihadapi,” jelasnya.

    Manakala menurut Awang Wan yang merupakan penjawat awam, menjelaskan memang diakui sebagai ibu bapa harus menerima norma baharu sejak tercetusnya gelombang pandemik melanda dunia sekarang ini.

    Sememangnya sebagai ibu bapa atau penjaga, situasi ini agak menyukarkan pada peringkat awalnya akan tetapi dengan tunjuk ajar guru melalui media sosial, ia dapat memberi kemudahan.

    Sepanjang pembelajaran di rumah setentunya banyak menggunakan perbelanjaan lebih dari biasanya untuk melanggan data Internet dan ianya sangat memberi kesan terutama sekali kepada keluarga yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah.

    “Kesepakatan semua pihak adalah amat diharapkan dalam sama-sama mempertimbangkan semua aspek dan situasi serta bekerjasama demi kemajuan pelajaran anak-anak untuk masa depan mereka,” jelasnya.

    Menurut Nur Afiqah Hafizah, seorang tenaga pengajar sambilan di sekolah swasta turut mengalami masalah Internet semasa melakukan sesi pengajaran.

    “Kadang-kadang disebabkan masalah tersebut, sesi pembelajaran terpaksa diberhentikan dan menggunakan kaedah rakaman yang dikongsi kepada para pelajar untuk memastikan tajuk pembelajaran tidak ketinggalan,” jelas beliau.

    Permasalahan Internet ini turut dialami Nur Amirah Basirah sejak sesi persekolahan bermula dan telah menyukarkan beliau untuk mencari bahan rujukan di Internet.

    Salah seorang anak kepada Awang Wan yang mengikuti pembelajaran dalam talian.
    Nur Amirah Basirah menyatakan berikutan dengan masalah perkhidmatan Internet, menyukarkan beliau untuk mencari bahan rujukan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...