BUKIT LAWIANG, Malaysia – Tabung uji yang menyimpan tanaman berderet di rak dalam sebuah makmal di Malaysia, pusat program pembiakan untuk pokok kelapa sawit bangkut yang diharapkan oleh saintis dapat mengurangkan kos dan mengehad kerosakan alam sekitar berpunca daripada industri kontroversi.
Kelapa sawit telah menjadi bahan utama dalam produk harian daripada biobahan api kepada coklat, mendorong kepada keadaan melambung pengeluaran dalam dua negara penanam terkemuka di dunia, Indonesia dan Malaysia.
Namun kumpulan hijau menyalahkan perkembangan pesat ladang yang membawa kepada hutan terbiar yang menjadi tempat tinggal kepada orang utan dan haiwan lain, serta tanah penduduk asli, dan kempen alam sekitar yang berterusan telah merosakkan imejnya di Barat.
Publisiti negatif itu, bergabung dengan simpanan stok yang meningkat serta permintaan lembap daripada pengimport utama, telah mendorong kemerosotan dalam harga.
Sekarang Lembaga Kelapa Sawit Malaysia berharap satu inisiatif untuk membiak pokok yang lebih kecil dapat memperbaiki masalah yang dihadapi oleh industri.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2019/04/M6-7-I-14P2_030419.jpg)
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2019/04/M6-7-K-20P1_030419.jpg)
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2019/04/M6-7-D-20P1_030419.jpg)
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2019/04/M6-7-B-13P2_030419.jpg)
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2019/04/M6-7-A-13P2_030419.jpg)
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2019/04/M6-7-F-20P1_030419.jpg)
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2019/04/M6-7-C-11CM_030419.jpg)
“Dengan jenis yang lebih kecil ini, kami boleh mempertingkat hasil keluaran, memaksimumkan penggunaan tanah dan mempertingkat kemampanan kelapa sawit,” beritahu ahli sains tanaman Meilina Ong-Abdullah kepada AFP dalam makmal di bandar Bangi, tatkala wanita lain dalam jubah putih dan topeng muka memotong tanaman dan memindahnya ke dalam tabung uji.
Namun rancangan tersebut menghadapi cabaran besar, terutamanya harga tinggi pokok yang baru dicipta itu, yang mungkin menjadikannya terlalu mahal untuk kebanyakan petani yang terdesak di negara.
Pokok bangkut itu, yang kira-kira 30 peratus lebih kecil daripada pokok biasa dan mempunyai pelepah yang lebih pen-dek, adalah hasil program penyelidikan berdekad-dekad lamanya oleh lembaga kelapa sawit, yang merupakan sebuah agensi kerajaan.
Saiznya yang kecil menjadikannya lebih senang dan lebih cepat untuk gugus beri merah itu, di mana minyak diekstrak untuk dikumpul, dan bermakna kurang pekerja diperlukan untuk memetiknya.
Sejumlah besar pokok boleh dimuatkan dalam ruang yang lebih kecil, dan mereka menghasilkan kira-kira 37.5 metrik tan buah kelapa sawit setiap hektar – dua kali lebih besar daripada satu hektar sekarang.
Ini bermakna kurang hutan hujan perlu ditebang untuk mengusahakan minyak sayuran paling laris di dunia, dan mungkin menggunakan tanah yang lebih produktif yang sedang ditanam semula selepas penebangan sebelumnya.
Rancangan tersebut mungkin membantu mengatasi masalah kekurangan tanah berpunca daripada perkembangan ladang yang pesat.
Di Malaysia sahaja, ladang kelapa sawit telahpun meliputi kira-kira 5.8 juta hektar – lebih kurang saiz Croatia.
Sebagai sebahagian daripada program pembiakan lembaga minyak kelapa sawit, pokok bangkut telah ditanam di beberapa kawasan, termasuk di sebuah estet di Bukit Lawiang di selatan negeri Johor. Pokok bangkut di sana mempunyai ketinggian lima meter, berbanding dengan kira-kira 7.5 meter unutk pokok biasa di kawasan itu.
Pokok bangkut dijual pada tahun 2017 tetapi penerimaan adalah lembap. Pada 30 ringgit setiap batang, harga anak benih adalah dua kali lebih mahal daripada jenis biasa.
Mohamad Isa Mansor, yang mempunyai ladang kelapa sawit seluas lima hektar, berkata beliau mahu membelinya – tetapi kosnya adalah “amat mahal.”
“Pekebun kecil adalah miskin dan mengekal kehidupan harian kami merupakan satu cabaran disebabkan harga minyak kelapa sawit yang meleset,” beritahunya kepada AFP.
Beliau menambah: “Untuk menanam semula satu hektar dengan jenis baharu akan menelan kos kira-kira RM6,000. Di mana kami akan mencari wang yang banyak itu?”
Nor berkata kerajaan nampaknya bersedia untuk campur tangan dan menghulurkan bantuan. Menteri Teresa Kok, dengan portfolionya termasuk sektor kelapa sawit, memberitahu AFP kerajaan yang kesempitan wang “tidak mempunyai dana untuk membantu pekebun kecil menjalankan penanaman semula buat masa sekarang.”
Menggunakan pokok yang lebih kecil tidak mungkin mencukupi untuk menghapus kesan kempen alam sekitar dan tentangan yang meningkat terhadap minyak kelapa sawit, terutamanya di Eropah.
Cabaran terbaru yang menghadapi Indonesia dan Malaysia adalah satu tindakan oleh Parlimen Eropah untuk mengharamkan penggunaan minyak kelapa sawit dalam biobahan api, yang didakwa oleh kumpulan industri akan memusnahkan mata pencarian berjuta-juta pekebun kecil.
Pencinta alam sekitar bersikap positif mengenai program pokok bangkut, namun berkata ia perlu seiring dengan usaha untuk menghutankan semula kawasan yang telahpun ditebang untuk perladangan.
“Kebimbangan terbesar saya mengenai sektor minyak kelapa sawit adalah pemusnahan biodiversiti – hutan tidak harus ditebang dan dibersihkan lagi,” beritahu Mohideen Abdul Kader, daripada Sahabat Bumi, kepada AFP.
“Dan jika boleh hutan yang telah di-tebang perlu dipulihkan semula kepada keadaan asal.” – AFP