Thursday, May 15, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cabaran selamatkan Raja Tasik Ohrid

    POGRADEC – Di sepanjang pesisir Tasik Ohrid yang indah, keadaan telah berubah menjadi terdesak di Lin Hatchery di Pogradec Albania, ketika sepasukan pakar berlumba untuk melepaskan kumpulan terakhir ikan trout yang baru bertelur musim ini.

    Pusat penetasan itu mengkhusus dalam pembiakan ‘Trout Ohrid’, iaitu spesies asli di tasik purba yang telah bergelut selama bertahun-tahun untuk mengekalkan populasi yang sihat di tengah-tengah kemusnahan habitat, penangkapan ikan yang berlebihan serta pencemaran yang berleluasa.

    Albania dan Macedonia Utara, kedua-duanya bersempadan dengan Tasik Ohrid, telah menandatangani perjanjian untuk memastikan trout terus hidup, tatkala peningkatan besar dalam pelancongan di kawasan itu telah menyaksikan pembangunan besar-besaran di tebing tasik.

    Dikenali sebagai ‘Koran’ di Albania dan ‘Ohridska pastrmka’ di Macedonia Utara, trout Ohrid telah lama menjadi makanan ruji di perairan tasik yang jernih.

    “Tidak penting apa orang Albania atau Macedonia memanggilnya,” kata nelayan Artan Male.

    Ikan trout yang baru menetas dipantau dengan teliti, termasuk tahap oksigen, pemberian makanan dan suhu udara. – AFP
    Gambar AFP
    Seorang tukang masak bersiap sedia untuk memasak ikan trout. – AFP
    Juruteknik dan nelayan melepaskan anak ikan trout Ohrid ‘Koran’ kembali ke tasik Ohrid di Pogradec. – AFP

    “Semua bersetuju bahawa ikan ini, tidak memerlukan pasport atau kad pengenalan untuk melintasi sempadan, dikenali sebagai Raja Tasik Ohrid, salah satu tasik tertua di dunia.

    Untuk mengekalkan populasi trout Ohrid, organisasi awam dan swasta Albania telah meningkatkan operasi di industri perikanan untuk menghasilkan 1.7 juta anak ikan pada tahun ini sahaja.

    “Awda perlu menjaga segala-galanya. Awda perlu menghormati jadual dan tarikh.

    Sebarang kesilapan boleh membawa maut dan boleh menyebabkan kematian ikan kecil itu,” kata Kopi Bici, yang bekerja di pusat penetasan.

    Kerja-kerja untuk menambah semula populasi Tasik Ohrid di sepanjang pantai Albania adalah usaha sepanjang tahun. Dari awal Disember hingga awal Mac, memancing adalah dilarang di Tasik Ohrid untuk mengelakkan gangguan kitaran pembiakan ikan trout.

    Dalam tempoh ini, kira-kira sekumpulan 60 nelayan terlatih khas diberi kebenaran untuk menebarkan pukat untuk membantu menuai telur ikan betina dan sperma jantan.

    “Bercampur dengan air tawar, ia mensenyawakan telur,” kata Martin Jace, yang menyelia Persatuan Nelayan Albania.

    Telur yang telah disenyawakan kemudiannya dibenarkan dieramkan, diikuti dengan penetasan larva yang kemudiannya diternak dengan teliti sehingga peringkat anak ikan, yang hidup selama enam bulan di dalam air tawar kolam pusat pembiakan sebelum dilepaskan semula ke dalam tasik.

    Kitaran daripada telur kepada ikan trout yang baru menetas adalah perjalanan yang rumit dengan setiap langkah proses dipantau dengan teliti, termasuk tahap oksigen, pengambilan makanan dan suhu air.

    Tetapi masih terdapat risiko kematian kepada anak yang baru menetas.

    Tahun ini, untuk menghasilkan 1.7 juta anak ikan, petani dan nelayan memperoleh semula 200 kilogram telur untuk menghasilkan hanya 3,000 kilogram ikan dewasa.

    “Ini adalah projek penting kami dan anak trout perlu berada dalam keadaan fisiologi yang baik untuk bertahan kehidupan baharu mereka di tasik,” kata Jovan Bale, sambil mencedok anak ikan di kolam penetasan dan kemudian ditempatkan dalam bekas plastik berisi air.

    Ikan itu kemudiannya diangkut ke pinggir tasik, dinaikkan ke atas bot dan dilepaskan ke perairannya yang lebih dalam.

    Masa adalah penting sepanjang perjalanan – bekas yang membawa telur-telur baharu diisikan dengan anak ikan, bermakna terdapat sedikit oksigen untuk anak-anak ikan itu.

    “Ia merupakan perlumbaan melawan masa, ikan perlu dilepaskan dengan sangat cepat.

    Sebarang kelewatan boleh membawa kematian. Jika air menjadi panas dan mereka kekurangan oksigen, mereka akan mati,” kata Jace, menambah air sejuk pada Oktober dan November adalah paling ideal untuk melepaskan anak ikan.

    Tetapi sebarang usaha untuk memelihara populasi ikan trout mungkin menjadi sia-sia jika isu asas yang mengancam ikan dan 145 spesies endemik tasik yang lain tidak ditangani.

    “Jika kita tidak mahu kehilangan ikan trout Ohrid selama-lamanya, kita perlu bergabung tenaga,” kata Blerina Turshina, seorang cef di sebuah restoran di Tushemisht di tasik Albania.

    Ikan trout kekal sebagai makanan istimewa di kawasan itu dan telah menarik pelancong dari seluruh tenggara Eropah yang berminat untuk mencuba ikan bintik merah yang lazat, yang mengikut khabar angin telah menjadi kegemaran mendiang Ratu Elizabeth II.

    “Dibakar atau dipanggang dengan bawang, rempah dan kacang atau dengan sos lemon putih, trout merupakan raja hidangan,” kata Turshina.

    Dan di wilayah di mana nasionalisme sering diperkatakan, pertikaian mengenai asal-usul sebenar ikan tersebut telah menjadi topik perbualan – sesuatu yang telah ditertawakan oleh Turshina dan yang lain.

    “Tidak mengapa,” kata Turshina. “Ia ikan trout Ohrid”. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/