Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Cabaran selepas pindah ke rumah baharu

    Hidup ini penuh dengan perubahan, dan baru-baru ini saya dan keluarga membuat keputusan besar untuk berpindah ke rumah baharu.

    Pada awalnya, perpindahan ini membawa harapan untuk memulakan kehidupan yang lebih baik.

    Rumah baharu kami terletak di kawasan yang lebih tenang dengan persekitaran yang lebih mesra keluarga. Namun, di sebalik segala harapan itu, terdapat juga cabaran yang tidak saya jangkakan.

    Sebagai contoh, anak-anak saya yang sebelum ini begitu gembira di sekolah lama mereka, menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri di sekolah baharu.

    Mereka sering pulang dengan wajah murung dan berkata, “Kami rindu kawan-kawan lama.”

    Foto Canva

    Saya cuba membantu mereka dengan menggalakkan mereka menyertai aktiviti di sekolah, tetapi hati saya tetap dirundung rasa bersalah.

    Adakah keputusan saya untuk berpindah ini sebenarnya satu kesilapan?

    Selain itu, saya dan suami turut menghadapi tekanan dengan pengurusan kewangan yang lebih ketat akibat komitmen rumah baharu ini. Kos kehidupan di kawasan baharu ternyata lebih tinggi berbanding jangkaan kami.

    Walaupun kami tahu perpindahan ini demi kebaikan anak-anak dan keselamatan keluarga, cabaran ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada hubungan kami.

    Adakah ada di antara awda yang pernah melalui situasi seperti ini?

    Bagaimana awda mengatasi cabaran emosi dan kewangan selepas berpindah ke rumah baharu?

    Saya berharap perkongsian ini dapat memberi saya sedikit panduan dan semangat untuk terus tabah.

    Syifa

    NASIHAT DANG MP

    Terima kasih kepada Syifa kerana berkongsi kisah dengan Media Permata.

    Terlebih dahulu Dang MP ucapkan tahniah kerana telah berpindah ke rumah baharu.

    Persekitaran baharu yang lebih tenang dan mesra keluarga sudah pasti mengujakan keluarga Syifa.

    Namun, setiap perubahan sudah pasti memberi cabaran seperti yang diceritakan Syifa.

    Perasaan bersalah terutamanya apabila melihat anak-anak yang sukar menyesuaikan diri adalah normal dan boleh ditangani dengan memberikan mereka sokongan dan juga masa untuk mereka menyesuaikan diri.

    Sentiasalah mendengar dan cuba menyelesaikan masalah mereka seperti mengajar bagaimana membina hubungan dengan rakan baharu di sekolah dan kejiranan yang baharu. Percayalah, dengan masa dan kesabaran yang mencukupi, mereka akan mula membina hubungan baru.

    Berkaitan dengan tekanan kewangan, awda sekeluarga juga perlu menghadapi cabaran ini dengan mengatur pengurusan yang bijak.

    Awda boleh mencuba mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, lebih banyak berjimat-cermat dalam berbelanja atau cuba mencari peluang menambah pendapatan.

    Berkomunikasi dengan suami dan juga anak-anak amatlah penting supaya semua ahli keluarga dapat memahami.

    Dang MP ingin ingatkan Syifa bahawa perubahan datang dengan peluang untuk belajar sesuatu yang baharu.

    Walaupun ia sukar pada permulaan, perlahan-lahan kehidupan awda sekeluarga akan kembali stabil. Jangan ragu untuk mencari sokongan dari keluarga atau rakan-rakan, atau berbincang dengan pakar jika perlu.

    Fokus pada kebaikan yang awda sekeluarga nikmati nanti di rumah baharu awda apabila masalah dapat diatasi.

    Kata Kunci

    Popular

    ASEAN

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Berita Berkaitan

    Ibu tunggal berdepan tekanan kewangan

    Saya tidak pernah membayangkan akan menjadi seorang ibu tunggal....

    Adik ditengking guru memandu, kakak berang

    Salam sejahtera buat para pembaca ruangan khas ini, sekadar...

    Terkini

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...