Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cabaran skuad berpasukan tersekat di suku akhir

    KUALA LUMPUR, 10 JULAI – Perjuangan skuad Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia 2023 bagi kategori berpasukan berakhir di suku akhir selepas tewas 0-3 kepada Thailand, di Yogyakarta, Indonesia hari ini.

    Pada perlawanan yang berlangsung di Dewan Sukan Among Rogo itu, beregu campuran Malaysia, Low Han Chen-Chong Jie Yu gagal menyumbang mata pertama selepas tunduk kepada Meechai Tanakorn-Korpthammakit Fungfa 20-22, 16-21.

    Malaysia hampir menyamakan kedudukan selepas pemain perseorangan lelaki, Eogene Ewe melakar kemenangan set pertama 21-17 ke atas Wongssup-In Wongsup sebelum pemain Thailand itu menafikan kemaraan pemain Malaysia dengan kemenangan set kedua dan set penentuan 17-21 dan 17-21.

    Harapan untuk sekurang-kurangnya menghidupkan peluang Malaysia dengan mengheret ke perlawanan keempat tidak kesampaian selepas pemain perseorangan wanita Malaysia, Ung Yi Xing turut tewas kepada Saranporn Sombutwatthananukool 15-21, 9-21.

    Kali terakhir Malaysia bergelar juara acara berpasukan Remaja Asia adalah pada 2009 ketika menjadi tuan rumah.

    Skuad Malaysia akan meneruskan perjuangan bagi kategori individu yang akan membuka tirai saingan dari 12 hingga 16 Julai ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda