Monday, December 23, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cabaran Squash Malaysia di Washington berakhir

    KUALA LUMPUR, 30 JUN – Cabaran Malaysia dalam Kejohanan Terbuka Squash on Fire 2021 di Washington, berakhir awal pagi ini, selepas tiada seorang pun daripada tiga pemain Malaysia mara ke peringkat separuh akhir. 

    Addeen Idrakie, yang mempamerkan aksi memberangsangkan terhadap pemain tuan rumah, Faraz Khan dan Shahjahan Khan dalam pusingan sebelum ini, bagaimanapun terpaksa menyerah kalah kepada pemain nombor 18 dunia dan pilihan pertama kejohanan, James Willstrop.

    Addeen, 27, yang berada di ranking 91 dunia, tewas 2-11, 6-11, 7-11 kepada pemain Inggeris itu dalam aksi 33 minit, menurut laman sesawang Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional. 

    Pemain pilihan kelima, Ivan Yuen yang mengalami kecederaan, memberi kemenangan percuma kepada pemain Jepun pada set ketiga, selepas ketinggalan 11-7, 13-11 dalam dua set pertama.

    Pemain Jepun itu dijangka menentang Willstrop dalam perlawanan final hari ini. 

    Sementara itu, dalam kategori perseorangan wanita, Low Wee Wern diketepikan oleh pemain pilihan keempat, Sabrina Sobhy dari Amerika Syarikat dengan 7-11, 12-10, 10-12, 7-11 dalam masa 46 minit.

    Sabrina bakal berdepan pemain England, Georgina Kennedy di separuh akhir. Pesaing Malaysia yang lain, S. Sivasangari, Rachel Arnold, Wen Li Lai dan Mohd Syafiq Kamal semuanya telah terkeluar lebih awal. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda